Monday, 18 May 2015

alonesbellog : Cinta Klise Bab 5, 6 dan 7

Assalamualaikum . .

Haaa . .. dah agak lama tak buat entry yerr. Wakaka. Bukan apa. Cuma mak kata, "kamu ni galak sangat menghadap benda tu (netbook)! Cubalah buat kerja lain!". Hah, kena marah kau! Tu yang majuk sampai berkurun lama jugak tak sentuh dah menatang alah nih. Mak kalau dapat bukak mulut, memang azab telinga ni dengar bhahaha *Ni pun tengah-tengah curi-curi buka netbook, kekekee*

Well, entry kali ni bukan apa. Cuma nak masukkan next chapter novel Cinta Klise tu. Yelah, walaupun tak seberapa, tapi still jugak rasa nak share dekat sini. At least, taklah lapuk macam tu aje after kena reject. Bukan senang nak siapkan satu manuskrip. Believe it or not, saya ambil masa dalam 5 bulan jugak nak siapkan satu novel amatur. Tu baru amatur. Yang ayat jenis berkualiti, plot menarik dan banyak-banyak watak tu, tak ke banyak kerjanya? Sebab tu yang duk nak tabik spring pada novelis profesional yang mampu siapkan one novel in one month! Duh, mesti mata tak pandng lain dah. Lekat dekat skrin laptop ajelah agaknya. *Kalau saya buat lagu tu, dah lama dah netbook ni mak humban ke lombong Batu Gajah nun*

So, rasanya rugi kalau simpan aje dalam word tanpa diketengahkan ke luar. Dengan cara ni, sedikit sebanyak, orang tahu kalau saya sedang mengusahakan sesuatu. At least, nampak usaha dan minat tu dalam bidang penulisan.

Okay, okay. Tak boleh lama ni! Nanti kantoi buka netbook walaupun masih dalam mood merajuk. BHAHAHAHA




BAB 5
Ponn!!
Harith jadi panas hati apabila kenderaan di hadapannya tidak bergerak-gerak. Sudah tu, duduk di tengah jalan menghala ke rumahnya pula. Dia menekan hon dengan kuat beberapa kali tapi  masih tak dihiraukan pemandu di hadapannya. Dia turun dari  kereta dan mengetuk tingkap kereta tersebut dengan kasar. Dari luar dia dapat melihat pemandu tersebut ialah seorang wanita dan bertudung. Dia memberi isyarat kepada wanita tersebut untuk menurunkan cermin kereta.
Apehal kau berhenti tetengah jalan ni? Kau ingat jalan ni nenek kau yang punya hah? Tepi la sikit. Orang lain pun nak lalu. Duduk berangan apa?” Suara dah tinggi.
Lufa terkejut daripada lamunannya apabila Harith datang mengetuk tingkap keretanya. “Err… . Kereta saya tadi rosak . Hah sekarang dah okay dah. Hah dah okay. Sorry.” Sengaja dia mereka-reka alasan agar tidak dimarahi lebih teruk. Sekali lagi dia terkejut apabila Harith tunduk dan memasukkan kepalanya ke dalam kereta. “Hah! Awak? Awak buat apa dekat sini? Kenapa ikut saya?” Dah tak semena-mena soalan itu terhambur dari mulutnya.
Harith turut terkejut melihat Lufa. “Ehh ..kau jangan nak perasaan sangat. Buat apa aku ikut kau? Aku nak balik rumah aku lah. Ni! kereta murah ni. Apehal melepak tetengah jalan? Kau tak ada tempat lain nak berangan?”
“Alah. Kan saya dah cakap kereta saya rosak tadi. Baru sekarang okay. Hah Encik Harith, saya nak bayar ganti rugi kereta Encik Harith ni. Nak tak?” Tiba-tiba pula Lufa teringat akan peristiwa antaranya dan Harith pagi tadi.
“Alah alah! Kau ni memang berlagak kaya kan? Aku dah bagi kau tempoh sampai hujung minggu ni. Nak bayar sekarang jugak. Hah nak bayar sangat kan? Bagi lah.” Harith menghulur-hulurkan tangannya kepada Lufa sehinggakan terkena batang hidungnya.
“Ishh. Sakit lah! Tak ada adab betul la manusia ni! Kejap!” Lufa mengambil beg tangannya dan keluar dari kereta. Kebetulan pula tiada kenderaan lain yang lalu di situ. Oleh itu Lufa dan  Harith tidak mengalihkan kenderaan mereka ketepi . “Nah! RM3000. Saya ni jenis yang tepati janji okay. Saya bukannya sengkek sangat sampai tak mampu nak bayar.”
Harith merentap kasar duit dari tangan Lufa.
“Amboi. Macam ni orang kaya ambil duit ya. Main rentap je. Buruk betul perangai.” Lufa dah memerli dengan membuat mimik muka yang nyata mengjengkelkan Harith .
“Ambil balik duit kau ni.”Ditu tadi dihulurkan kembali kepada Lufa. “Aku tak nak duit kau. Duit aku pun dah berkepuk-kepuk ni.” Sengaja Harith menepuk-nepuk poket seluarnya sambil memandang Lufa .
“Dah kenapa pulak? Oh, kira free la ni? Thank you Mr Harith. You are so so so kind person . Haha.” Tak bertunggu. Laju tangannya menyambar kembali duitnya.
I’m not going to let you go with that easy. I want you to do something for me.”
“ Something? Awak nak apa lagi? Tolong lah..saya nak balik cepat. Hari dah gelap, nak hujan. Saya takut memandu dalam hujan ..”
“Aku nak kau jadi date aku.”Cepat-cepat dia memotong cakap Lufa.
Lufa ternganga. “What! Are you that crazy? Wah, senangnya orang kaya nak cari pasangan. Just bagi arahan then all people akan ikut je?! Wau! Impressive.” Dia tidak menyangka semudah itu orang seperti Harith untuk meluahkan kata-kata yang berat sebegitu.
“Heii! Kau ingat aku teringin sangat dekat kau? I just want you to act like my date okay. Bukannya my real date. Fikiran kau tu logik sikit. Jangan nak fikir kau tu cantik sangat.” Harith menahan ketawa di dalam hati dengan gelagat Lufa yang terkejut dengan permintaannya atau lebih kepada arahannya.
Look! Whatever it is, here take your money. Nah ambil. And saya tak nak terlibat apa-apa pun dengan awak. Sekian.”
“Aku tak nak duit ni. Aku tak akan ambil! Tapi kalau kau tak ikut arahan aku, aku akan anggap yang kau tak bayar and nanti when you dead, biar roh  kau tergantung dekat atas sana sebab tak bayar hutang orang! Haha..” Harith dah mengugut Lufa yang dah jadi keliru dengan situasi itu.
Lufa terdiam. Matanya membulat ke arah Harith. Fikirannya bercelaru. Memang benar kata-kata Harith. Dia masih ingat pesanan neneknya bahawa setiap hutang perlu dilunaskan jika tidak mahu roh tergantung dan tak diterima bila meninggal nanti . “Aikk ..boleh ke macam tu? Awak yang tak nak duti ni. Bukannya saya yang tak nak bayar. Itu kiranya bukan hutang lagi. Hah! Memandai je buat hukum sendiri.”
Whatever. But I remind you yang roh orang berhutang tak akan aman. Aku anggap kau tak bayar hutang aku sebab aku tak nak kau bayar dengan duit.”
“Awak nak saya buat apa? Jangan suruh saya buat bukan-bukan. Saya ni anak dara lagi. Masih terpelihara. Awak janganlah mencemarkan apa yang saya jaga selama ni.” Lufa mencebik bibir. Dia risau jika Harith akan meminta sesuatu yang mengarut. Maklumlah, kebanyakan orang kaya memang suka memandang seorang wanita sebagai boneka dan bukannya sesuatu yang harus dijaga rapi.Maruah mereka juga sering dipandang murah.
Harith mendiamkan diri. Wajahnya berubah.
Lufa memerhatikan wajah Harith yang sedang memikirkan sesuatu. “Ishh..mamat ni. Tengah fikir apa? Ya Allah, jangan lah dia fikir yang bukan-bukan. Kau lindungi lah aku dari nafsu manusia ni.” Dia menjadi takut memikirkan apa yang bakal terjadi padanya. Hanya pada Allah dia memohon agar maruahnya tetap terpelihara walau apapun yang terjadi.
“Awak ? Awak?”  Lufa mencuit Harith yang dari tadi mendiamkan diri. “Awak! Apa yang awak fikir ni. Cepat lah cakap. Hari nak hujan ni. Saya takut drive dalam hujan.”
Tiba-tiba guruh berdentum. Kedua-dua mereka terkejut. Hujan rintik mula turun. Lufa menadah tangannya dan beberapa rintik hujan jatuh ke atas tangan. Dengan sekelip mata hujan menjadi lebat dan bertambah lebat. Baru seketika Harith dan Lufa berada dalam hujan, tapi mereka telah pun hampir basah.
“Eeee..ni semua sebab awak. Nak cakap tu cakap la cepat. Tepi! Tepi!” Lufa menolak Harith yang menyandar di pintu pemandu keretanya. Dia segera masuk ke dalam kereta agar tidak basah kuyup dalam hujan. Harith juga segera berlari ke arah keretanya.
“Alamak! Hujan lebat sangat lah. Macam mana ni? Aku tak pernah drive dalam hujan ni.” Lufa buntu. Selalunya dia ada teman ketika memandu dalam hujan. Itupun hujan yang sederhana sahaja. Bukannya lebat begini. “Apa aku nak buat ni? Kalau nak tunggu hujan reda pun hari dah nak malam. Nanti ibu bising pula. Ishh …hujan macam ni susah nak berhenti ni.”
Harith yang berada di belakang,menunggunya untuk kereta Lufa  beredar agar  dia boleh melalui jalan tersebut. Dahinya naik berkerut dan kepalanya jadi hairan.“Apehal pulak minah ni. Jalan lah. Tunggu apa lagi?” Ponn!! Harith menekan hon sekali lagi.
“Alahai mamat ni! Sibuk je. Sebab dia la aku terkandas macam ni. Kalau aku tak layan dia tadi dah lama aku sampai rumah tahu!” Jarinya digigit di hujung dan kotak fikirannya asyik berfikir cara untuk dia pulang ke rumah. “Hah! Boleh tak kalau aku suruh dia temankan aku ?Hehe” Laju tangannya mencapai payung yang memang ada disimpan di dalam keretanya. dia turun dan mengetuk cermin kereta Harith.
“Hah! Kau nak apa lagi? Jalan lah. Pasal tadi tu nanti aku bagitahu lah.” Harith menjerkah Lufa sebaik dia menurunkan cermin keretanya.
“Awak..errr ..boleh tak kalau awak temankan saya balik? Saya tak pernah drive dalam hujan lebat ni. Saya takut..please?” Lufa dah buat muka sedih agar Harith berasa sedikit simpati terhadapnya. Elok dia tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang cantik teratur.
“Kau jangan nak mengada lah. Mana ada orang yang tak boleh drive dalam hujan. Air je pun bukannya api. Kalau takut, tak payah ambil lesen memandu. Eh, kau ada lesen tak ni? Entah-entah kau ni pemandu haram!”
“Saya dah dua tahun lah drive kereta. Mestilah ada lesen memandu. Cumanya saya takut drive dalam hujan lebat. Please  temankan saya. Awak ikut belakang  kereta ya. Kerja awak senang je, pastikan saya selamat. Boleh?”
“Apa kau merepek ni? Kau ingat aku guard kau? Nak pastikan keselamatan kau bagai. Dah dah, tepi! Tepi!.”
Lufa berdiri di situ dan memerhatikan Harith dalam hujan. Harith yang berada di dalam kereta melihat Lufa yang memerhatikannya. “Semua ni salah aku ke? Kenapa pula salah aku?” Tiba-tiab pula dia merasa kasihan melihatkan Lufa yang duduk terpacak memerhatikannya dalam hujan.
Lufa sekali lagi mengetuk cermin kereta. Dia terus merayu buat kali kedua apabila Harith menurunkan cermin keretanya sekali lagi. “Awak ..tolong la saya. Saya nak balik. Hah! Kalau awak tolong saya, saya akan ikut permintaan awak yang tadi tu. Apa saja. Betul, apa saja.”Dia cuba menyakinkan Harith supaya membantunya.
“ishh ..yelah ! Cepatlah. Aku ikut belakang kau. Tapi ingat! Kau dah janji dengan aku. Kalau kau ada niat nak tipu aku, nanti kau terlanggar pokok! Nak?” Harith cuba menakut-nakutkan Lufa bagi memastikan Lufa berpegang pada janjinya.
Mencebik, Kakinya dihentak kecil.“Ish. Apa ke situ pula. Ya ..saya janji. Kasar betul Nak berguraunya pun. Bukan-bukan!”
“Eh, aku tak bergurau pun. Cepatlah.” Harith menaikkan cermin kereta semula. Dia mengelap lengannya yang lembap akibat terkena tempias hujan ketika bertelagah dengan Lufa.




BAB 6
“Fitri, mana adik kau Lufa ni? Dari ibu call. Tak dapat dapat. Ibu risau lah. Hujan lebat lagi ni. Dia bukannya berani nak drive dalam hujan macam ni.”
“Ibu..sabar la sikit. Sekejap lagi dia sampai la tu.”
“Mana? Sekarang dah mak masuk malam ni. Itulah, ibu suruh kau pergi cari kau kata tak payah. Sekarang apa? Entah apa jadi pada dia. Ish..ibu risau lah.”
“Ibu ..sabar la sikit. Sekejap lagi sampai la tu.” Sama. Ayat yang sama diulangnya lagi.
“Ishh . .kau ni. Sabar sabar. Makan cepat.”
Ibu dan abang sulung Lufa dah macam nak bertengkar di meja makan. fitri sengaja tidak mahu melayan bebelan ibunya. Dia yakin bahawa Lufa pasti akan kembali ke rumah dengan selamat. Ibunya saja yang selalu risaukan perkara yang bukan bukan. Dia hanya mampu meminta ibunya bersabar sambil mencelup biskut kering ke dalam minuman panasnya.
“Ibu, saya pergi dulu. Kirim salam pada Lufa ya ..” FiTri bangun dan menuju ke hadapan setelah selesai menjamah makanannya. Dengan segak bergaya dalam uniform juruterbangnya dia menyarungkan kasut kulit dan mencium tangan Puan Seri.
“Hah, elok-elok. Buat apa pun, hati-hati ya. Fitri bukannya bawa ayam. Bawa orang. Bawa nyawa.”
“Iyalah ibu. Saya ni pembantu juruterbang je lah. Bukannya saya yang pandu.” Perlahan kakinya menapak menuju ke keretanya. “Okay. Bye ibu. Sikit lagi balik la Lufa tu ya.”
“Ish..budak ni! Tak risau lansung pasal adiknya.”  Puan Seri merungut dengan tingkah Fitri yang sedikit pun tidak menampakkan rasa bimbang. Namun dia tahu bahawa Fitri amat menyayangi Lufa dan menjaga mereka sekeluarga dengan baik dan penuh perhatian semenjak suaminya berkahwin lain.
Suami Puan Seri, Datuk Rashid telah mengawini isteri mudanya ketika Fitri berusia 9 tahun manakala Lufa berusia 5 tahun. Puan Seri telah hidup bermadu selama hampir 20 tahun. Datuk Rashid tidak mengabaikan keluarganya tetapi kadang-kala dia lebih terarah untuk memberikan perhatiannya kepada keluarga isteri mudanya. tambahan pula mereka dikurniakan seeorang anak perempuan di awal usia perkahwinan mereka. Kini saudara perempuan tiri Lufa telah berusia 19 tahun iaitu 3 tahun lebih muda berbandingnya.
Hubungan antara kedua-dua keluarga baik dan Puan Seri menerima kehadiran isteri baru suaminya, Datin Rami dengan hati terbuka. Mereka tidak tinggal serumah. Oleh itu kadang-kala Puan Seri merasakan Datuk Rashid berlaku tidak adil apabila melebihkan pihak Datin Rami sahaja. Namun dia tidak mengambil hati dan menerima ketentuan takdir buatnya.
Dia yakin Datuk Rashid seorang bapa yang baik buat Fitri dan Lufa. Buktinya mereka berdua masih menjalinkan hubungan antara anak dan bapa seperti orang lain. Kasih sayang Datuk Rashid  buat mereka berdua tidak pernah pudar dan berkurang. Itu sudah cukup buat Puan Seri iaitu melihat anak-anaknya tidak terabai dan mendapat kasih serta perhatian daripada bapa kandung mereka sendiri. Nasibnya juga baik kerana Datin Rami seorang berfikiran terbuka dan sedar bahawa dia juga menumpang kasih suami orang.
Pon!!
Fitri menekan hon sebelum beredar dan menyebabkan Puan Seri tersentak daripada lamunannya. Fitri melambai-lambai dan dia membalas lambaian Fitri dengan senyuman ikhlas daripada wajah seorang ibu. Baginya Fitri memang seoarang anak lelaki yang baik. Dialah yang menjaganya dan Lufa ketika susah dan senang, sihat dan sakit serta duka dan gembira. Dia bagaikan seorang abang dan bapa yang sempurna buat mereka.
Puan Seri melangkah masuk dan rasa risaunya terhadap Lufa kembali lagi. Tangannya segera mencapai telefon rumah dan mendail nombor Lufa buat kali yang entah ke berapa. Kali ini panggilannya masuk dan berjawab.
Hello, asalamualaikum Lufa. Lufa dekat mana ni? Ibu risau lah.”
“Waalaikumusallam ibu. Lufa on the way nak balik ni.”
“Dalam hujan Lufa drive? Bukan ke Lufa takut nak drive dalam hujan? Bahaya lah sayang. Kalau takut tunggu la hujan reda dulu.”
“Tak apa ibu. Ada kawan Lufa tolong ikut dari belakang ni. Kurang sikit takut Lufa. InsyaAllah Lufa selamat, ibu. Ibu jangan risau eh.”Lembut dia cuba menyedapkan hati ibunya yang dah tercungap-cungap kerisauan.
“Okay okay. Bawa elok-elok ya. Jangan laju-laju.”




BAB 7
Ketika sedang memandu menuju ke lapangan terbang, telefon Fitri berdering berulang kali tanpa ada henti. Pada mulanya dia tidak mahu menjawab panggilan tersebut meskipun dia tidak tahu siapa yang menelefonnya.
“Ishh. Siapa pula call tak henti-henti ni? Kacau lah. Shutt!..diam …” Dia menunjukkan isyarat diam kepada telefonnya. Seperti telefonnya mampu memahami apa yang difikirkannya. “Aku kena fokus ni. Mana boleh memandu sambil cakap dengan telefon. Aku kena lah jadi pemandu yang kompeten.”
Telefonnya berhenti berdering seketika. Suasana di dalam keretanya kembali senyap. Dia tidak memasang radio kerana dia sememang seorang yang tidak suka dengan suasana yang bising dan memekikkan. Tambahan pula padanya lagu-lagu pada masa kini merapu dan tidak melegakan halwa pendengarannya sekalipun. Baru sahaja dia membetulkan kedudukannya agar lebih selesa dan memandu dengan tenang,tiba-tiba telefonnya berdering lagi. Dia terkejut dan tersentak. Dengan perasaan geram butang angkat pada telefonnya ditekan.
Hello! Siapa ni hah? Tak tahu ke orang tengah drive?” Fitri mengjerkah si pemanggilnya .
“Ehh. iya ke? Sorry la awak. Saya tak tahu pun.awak marah ke?”
“Siapa ni? Sorry naik troli la.”
I’m Qistina. The girl that you meet yesterday. I’m sorry again for calling on the wrong time.” Qistina memohon maaf dengan sopan. Dengan kesopanannya jugalah membuatkan Fitri tertarik dengannya semenjak mereka pertama kali bertemu ketika sama-sama bertugas di dalam pesawat yang sama.
“Err..owh. Qistina. No, no. I’m sorry. Saya tak bermaksud nak kecilkan hati awak. Tak apa, saya okay.”Fitri  segera melembutkan suaranya. Dia sememangnya tertarik dengan tingkah Qistina yang baginya sopan dan lemah lembut semenjak Qistina mula-mula bekerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan yang sama. Namum baru semalam dia memberanikan diri untuk menegur dan menghulurkan nombor telefonnya kepada Qistina.
“Ehh, tak. Saya tak kecil hati pun.”
“Emm..ada apa ya? Akhirnya awak call juga saya. I thought you does’t interest in me. Haha
“Haha…awak ni. Sebenarnya I want to ask you some favour. Itupun kalau awak sudi nak membantu. Saya ada masalah sikit ni.” Qistina tersenyum mendengar usikan Fitri. Sememangnya saat Fitri menghulurkan nombor telefonnya, dia terasa berdebar-debar dan kaku. Dia tidak menyangka seorang juruterbang ada menyimpan hasrat untuk berkenalan dengannya.
“Ehh, Insyaallah. Kalau saya mampu bantu, saya akan bantu awak. Apa masalahnya?”

Actually saya ada flight malam ni. Pukul 9. But…”
“Ya..but?”
“Saya tak ada transport. Company transport rosak masa on the way ambil saya. Kebetulan pula kawan saya yang lain dah sampai airport. So no one could help me. Saya dapat tahu yang awak akan jadi pilot kami malam ni. So could you please help me?”  Suara Qistina semakin lama semakin perlahan. Sebenarnya dia malu untuk meminta pertolongan Fitri, namun dia tidak mempunyai banyak pilihan. Dia perlu bekerja untuk menjaga rekod baiknya sebagai  pramugari baru.
“Ohh . .saya dalam perjalanan ni. Boleh. Saya boleh ambil awak. Awak whatsapp alamat rumah awak sekarang. Cepat, nanti kita terlambat pula.” Hati Fitri dah berlagu riang. Belum apa-apa dia sudah tahu di mana rumah Qistina. Serampang dua mata ni!
Thank you Fitri. Okay saya whatsapp sekarang.”
Mereka mematikan panggilan telefon masing-masing. Qistina segera menghantar maklumat kedudukan rumahnya pada Fitri. Dia mehelakan nafas lega apabila Fitri sanggup membantunya. Segera dia memperkemaskan diri dan memperbetulkan rambutnya supaya kelihatan anggun di hadapan Fitri.
Qistina melihat pada telefonnya dan dia menerima satu mesej. Mesej dari Fitri.
Now saya dah tahu rumah awak :)”
No choice. Saya yang minta tolong pada awak. And just take  that as your reward :)”
“Awak tak takut saya stalk awak? Hihi.”
“Insyaallah saya percayakan awak:) Kalau awak orang yang tak baik. Tak mungkin saya nak minta tolong pada awak.”
Setelah menunggu lebih kurang 15 minit, Fitri tiba di halaman rumah sewa Qistina. Dia dapat melihat Qistina berdiri menantinya dalam kegelisahan. Mungkin dia bimbang akan tiba lambat di lapangan terbang. Maklumlah, dia merupakan pramugari yang baru sahaja bertugas kira kira dua bulan yang lalu. Jadi dia perlulah menjaga kelakuan dan disiplinnya di hadapan pramugari lain yang lebih senior daripadanya.
Fitri tersenyum melihat keanggunan Qistina yang masih tidak perasan akan kehadiran keretanya. Memang tak salah, dia yakin bahawa Qistina mampu menjadi peneman hidupnya yang baik dan setia. Itupun jika ada jodoh di antara mereka. Dia tidak mahu menaruh harapan tinggi mahupun memberi harapan kepada Qistina sebelum  mereka benar-benar mengenal hati budi masing-masing. Sebab itulah dia mengambil langkah berani dengan menegur dan menghulurkan nombornya sebagai tanda ingin berkenalan dan mungkin menjalinkan hubungan.
Tidak mahu membuang masanya dan juga masa Qistina, dia segera turun dari keretanya dan menghampiri pagar rumah. Dia tidak menyangka Qistina masih tidak menyedari kehadirannya walaupun dia berada hampir dengan wanita itu.
“Assalamualaikum, shall we go now?” Sengaja Fitri menegurnya dari belakang sambil mencuit sedikit bahunya.
Qistina tersentak dan hampir menampar muka Fitri sebagai reflek daripada tindakan Fitri yang menyentuh bahunya.“Ehh ..Ya Allah. Sorry la Fitri. Saya tak perasaan lansung. Where did you park your car?”
Fitri terkejut dengan tindakan Qistina. Tapi dia merasakan tindakan Qistina adalah betul dalam melindungi dirinya sebagai wanita apabila ada yang cuba menyentuh. “Wau..ganasnya! Okay sorry for starled you. Saya park kereta dekat sana. I thought awak nampak .Yelah, kereta saya kan kecil. Tu yang tak nampak tu kan? Tak apa. Nanti saya bawa heli jemput awak. Baru awak perasan agaknya.” Fitri dah mengusik Qistina agar dia lebih selesa dan tidaklah malu-malu dengannya .
Qistina dah senyum mendengar gurauan Fitri. “Alah, saya bukan ada mata dekat belakang pun. Kereta kecil konon. Apa? Nak bawa heli? Awak nak park dekat mana? Padang pun jauh dari sini.”
“Haha ..aaa ..Suraya, shall we go now? You will be late tau tak?”
“Aaa…What?”Qistina terkejut dengan nama yang dipanggil Fitri.
“Ohh, anyway, can I call you Suraya? Itupun if you don’t mind.”
“okay ..sure but ..where did you know my name? Qistina Suraya?”
Fitri hanya tersenyum memandang mata Qistina. Qistina menjadi comel apabila dia dalam keadaan terpinga-pinga dan keliru.
Dah naik berkerut-kerut dahi Qistina memandang Fitri.
“Dah. Jom cepa .” Fitri cuba mengelak dan menarik beg Qistina masuk ke dalam bonet kereta.

Lambat-lambat Qistina menyusul belakang Fitri dan masuk ke dalam kereta apabila Fitri membukakan pintu buatnya.



No comments:

Post a Comment