SINOPSIS
“Cinta
itu bukan hanya memiliki tapi juga memberi.”
“Rasa
sayang itu bersifat universal. Jadi, sesiapa pun tiada hak untuk
menghalangnya.”
Perkahwinan
atas dasar perjanjian, bertukar status atas sebab syarat dan seluruh kehidupan
berubah atas tiket pengorbanan dengan alasan membalas jasa. Tapi semua itu tak
merunsingkan empunya diri, Shahrifah Diandra atau mesra digelar Ari. Baru tak gegirl
sangat nama tu katanya. Dia redha kalau dia terpaksa bekorban memandangkan jasa
dan bakti yang telah dicurahkan masih belum berbayar meskipun tak pernah
dituntut. Dan dia juga pasrah kalau bakal suaminya itu tak bersifat sempurna.
Serba-serbi tak kena. Nerdy Prince!
Saat
gembira yang diluangkan bersama dan melakar beribu kenangan, perlahan-lahan
bertukar warna. Bahagia tak semudah yang dirasakan di hati tapi jauh lebih
menyakitkan untuk diterima dalam realiti.
“Ir . . memang suka sangat eh dekat Lisha?”- Shahrifah
Diandra
“Ir hanya
akan bahagia dengan Lisha.” – Shahir Zurkanain.
Dah
kerana sifat lurus bendul yang tak dapat dibendung, antara rasa hati dan dunia
realiti pun dah tak dapat nak dibezakan lagi.
Tanpa
sedari dan mempedulikan rasa sayang yang hadir, membuta tuli Ari membuat
pengorbanan dengan sanggup merapatkan hubungan antara Shahir dan insan yang
disukainya. Lebih menyakitkan, Shahir menagih cinta adik angkatnya yang dah
umpama keluarga sendiri, Lisha!
“Ijam
dah berpaling dari Lish disebabkan Kak Ari. Kalau dulu dia selalu datang pada
Lish, tapi sekarang dia datang pada Kak Ari! Lish nak bagi adil. Kalau Kak Ari
boleh bawa Ijam pergi, Lish pun boleh bawa Shahir pergi!” –Lisha
Dah
kerana sekelumit dendam picisan, kesempatan diambil sehingga habis puput rasa
mesra antara Ari dan Shahir dan membawa kepada persengketaan yang tak pernah
terduga di jiwa.
“Oh,
come on. Jangan Ari. Tolong jangan berpura-pura lagi dah depan Ir. Stop
pretending! Ari tak pernah sokong Ir sebenarnya. Ari Cuma berlakon baik. Tapi
rupa-rupanya di belakang Ir, Ari cuba pisahkan kami. Ari cuba rampas
kebahagiaan Ir!” - Shahir Zukarnain.
“Ir,
Ari nak Ir tahu yang Ari sayangkan Ir. Ari terseksa tanpa Ir. Hidup Ari tak
lengkap kalau tak nampak Ir di sisi Ari. Ari betul-betul perlukan Ir! Ari
cintakan Ir!” – Shahrifah Diandra.
Teman
berubah jadi pasangan. Sayang berubah jadi cinta dan dendam berubah jadi bara.
Semuanya kerana singkatnya jiwa dalam menilai erti pengorbanan cinta. Ya, cinta
bukan hanya memiliki tetapi juga memberi. Namun, sejauh manakah kesakitan mampu
disembunyikan disebalik pemberian itu? Adakah Shahir akan terus hanyut dalam
permainan cinta plastiknya? Dan Ari, bagaimana dan apa perlu dia lakukan untuk
menghasilkan bunyi daripada cinta yang sedang bertepuk sebelah tangan?
“Sedang
putera raja berbahagia, ada Cindarella yang terluka. Jadi, bagaimana dongeng
akan tercipta?”
No comments:
Post a Comment