Monday, 18 May 2015

alonesbellog : Putera Skema Milik Cindarella (PSMC) Bab 1

Assalamualaikum . .

Hmmm. .

At first, rasanya macam tak nak expose dulu pasal my second novel. But, after buat sedikit research and sedikit pemerhatian, kebanyakan novelis terkenal dah expose dah tentang novel mereka before dipublishkan. Thats mean, mereka ni dah colloect readers terlebih dahulu before novel mereka dipublish.

And kebanyakan feedbacknya, bila readers dah baca dalam blog, mereka ni jadi tak sabar-sabar nak tahu cerita selanjutnya and end up pergi beli novel novelis tersebut di bookstore. So dari situ, novelis ni sedikit-sebanyak dah tarik pelanggan untuk beli novel dia.

So, fikir punya fikir, ada baiknya kalau saya cuba, cuba ikut step novelis berjaya ni. Mana tahu, mungkin membuahkan hasil yang baik, InsyaAllah, Amin. Kata orang, belajarlah dari yang pandai. Biar meniru, tapi jangan menipu. Yedok?

OKay, lepas pertimbangkan rancangan tu, saya pun ambil keputusan untuk exposekan satu dua bab kepada readers yang sangat duk usha blog. Tapi tak bolehlah banyak-banyak sebab manuskrip yang second ni masih dalam penilaian publisher. So, tak beranilah nak melebih-lebih pulak. InsyaAllah, kalau ada rezeki untuk dipublishkan, publisher akan suruh delete balik setences yang dah dikeluarkan di blog. Takut nanti novel di pasaran tak lakulah kut sbb readers duk asyik baca dkt blog pulak, kan?


Bismillahhirrahmanirrahim . .

Mempersembahkan . .  PUTERA SKEMA MILIK CINDARELLA





PROLOG
Jam dipergelangan direnung sekilas dan bibir mula mengukir senyuman yang membawa erti puas, gembira dan berdebar-debar. Alhamdullilah, setelah selama 6 jam bertebangan di ruang udara dari Korea Selatan,  kini kakinya menjejak ke bumi Malaysia setelah hampir 2 tahun tidak pulang. Jam menunjukkan pukul 9:34 pagi ketika dia mula melangkah menghampiri pintu keluar Lapangan Terbang KLIA yang agak sesak dengan para pelancong yang berpusu-pusu ke sana ke mari. Ke mana arah tuju mereka semua, tak tahu lah. Yang Ari tahu, dia nak makan! Dah lapar seh! Makan dalam kapal terbang pun bukannya puas sangat. Gayat semacam saja rasanya. Setakat nak lapis perut boleh lah. Kalau nak buat melantak, memang tak lah ceritanya.


Selalunya, dah menjadi kebiasaan buat orang lain, tiba kembali di tanah air sendiri pasti akan teru menghala ke rumah keluarga tercinta terlebih dahulu bagi melepaskan segala rindu yang dah terpendam lama di benak hati. Tapi lain pula bagi si gadis bermulut kecoh lagi becok ini. Sebaik saja masuk ke dalam teksi yang disewa, mulutnya laju menyuruh pemandu teksi teksi itu untuk membawa ke restoran yang menghidangkan makanan lazat delicious plus marvelous di sekitar Wangsa Maju.
Berkerut dahi si pemandu yang berbangsa Singh itu. “Ayoyo, orang lain mau balik itu rumah dulu. Awak mau pergi makan pulak ka?” Sampaikan tergeleng-geleng kepalanya sambil menepuk dahi.
Ari ketawa. Mulutnya tersengih lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang teratur rapi. Badannya yang dah naik lenguh disandarkan ke belakang setelah tangan usai mengikat sanggul rambutnya yang panjang paras dada. “Laparlah Uncle. Kalau saya balik rumah pun bukannya boleh makan. Paling sedap pun dekat rumah tu mee Maggie je.” Selamba dia menjawab sambil tangan memeluk tubuh. Sungguh, tiada apa yang menyelerakan di rumahnya. Memang tak akan ada yang memasak di sana. Dapur dah lama tak berasap dari dulu lagi dan dia yakin kalau sehinggakan kini pun masih lagi tak berasap.
Wokey. Ikut saja lah . .” Ujar pemandu tersebut yang akan dengan permintaan penumpang. “Customer is always right walaupun sometime dia orang always wrong juga.” Sekali lagi, kepalanya ikut tergeleng.
Ari senyum lagi. Matanya tiba-tiba tertangkap pada sesuatu yang dibawanya pulang daripada Korea Selatan. Perlahan-lahan kotak kasut itu diangkat dan diletakkan ke atas ribanya. Lambat-lambat juga penutup kotak itu dibuka. Setelah dia melihat isi kotak itu, dia senyum manis, panjang dan melebar. Laju diangkatnya merapati pipi dan dipeluk erat isi kotak itu.
“Oh selipar jepun  pink ku yang unik!”
Snap! Nama pun kaki selfie, sempat juga dia ber selfie dengan selipar jepun merah jambu kesayangannya itu.




BAB 1
“Hah? Lah . . yang mak masak tu kenapa? Selalu kalau orang balik rumah, mak bukannya nak masak apa-apa pun. Kebulur perut orang nih! Orang dah nak habis makan dah ni hah. Dah kenyang sangat dah.”
“Yang hang pi makan luar tu apehal? Hang kan dah lama tak balik. So, today, mak nak buat special la kat hang. Balik la terus ke rumah. Yang pi makan dulu tu buat apa?!” Suaranya mula berteriak di corong telefon. Dah naik speaking dah Mak Gum dibuatnya.  “Anak bertuah ni! Ni mak dah masak banyak-banyak ni siapa nak bagi perabis?”
“Mak lah. Mak kan super capable woman. Tolak kayu dengan batu je yang mak tak telan. Yang lain, wassalam dah. Kan mak?” Sengaja pula Ari mengusik maknya yang dah memekik-mekik. Tangan kanan melekapkan telefon bimbit di telinga, manakala tangan kiri sibuk membelek-belek selipar jepunnya yang tadi. Entah apalah yang diminatkan sangat dengan selipar yang satu itu.
Mak Gum mengetap bibir. Nafasnya dah turun naik, geram. “Hey, kurang hasam. What you think I? Shrek? Princess Fiona?” Sekali lagi, broken English. Mana mak nak habiskan semua ni. Mau terbonkang dibuatnya. Banyak ni Ari oii! Apa mak nak buat dengan rezeki yang melimpah-limpah ni. Kau ingat semua ni free? Ayam golek yang mak buat ni, Ari ingat mak jumpa bergolek dekat tepi jalan? Mak beli tau. Pakai duit mak!”
“Alah . . mak kan memang Princess Fiona. Tu sebab muka Ari pun macam ada keturunan princess jugak kan? Tak apa mak, you can do it!” Beria-ria dia memberi semangat sambil menjulang tinggi segenggam penumbuknya. Kononnya nak lari daripada jadi mangsa ‘penghabis stok makanan’. Memang dah over-load sangat dah kantung perutnya ketika ini. Yang maknya pun satu. Selalu bukan nak masak-masak apa-apa pun. Tiba-tiba, hari ni jadi rajin terlebih pula nak masak banyak-banyak. Salah siapa ni?
Mak Gum dah tak ambil kira. Nak atau tak nak, tetap kena. “Dah! Balik cepat! Mak kira sampai sepuluh. Kalau Ari tak sampai depan rumah ni, mak nak lari rumah! Jangan cari mak dah. Sharifah Diandra Binti Jufri, baik cepat balik sekarang!” Dia dah mengugut. Kecoh mulutnya sampai satu isi rumah bergema denga suaranya. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Itu sebablah mulut Ari pun sama naik kecohnya. Mewarisi gen!
“Mak, cuba bersabar. Mak jangan lari rumah mak. Nanti orang ingat mak lari dengan dengan mamat Lombok. Hah, kan tak sedap bunyinya tu?” Tak habis-habis lagi nak menyakat Mak Gum yang dah macam kawan buatnya.
Mak Gum tak peduli. Tiada kompromi lagi baginya. Susah payah dia bersilat di dapur berhabis-habisan untuk menyambut kepulangan anak tunggalnya, alih-alih, makanan di kedai juga dihadapkan. Cis! “Balik Ari, balik!” Kuat suaranya menjerit lagi. “Mak kira sekarang. Satu, dua, tiga . .”
“Mak kejap mak! Mana boleh sepuluh je. Orang dekat Wangsa Maju ni. Nak balik Jinjang jauh tu mak! Kira sampai seratus pun tak cukup!”
Tak peduli, dia terus mengira. “Empat….empat suku..”
“Okay mak! Okay mak! Orang balik!” Bingkas Ari bangun daripada duduknya. Selipar yang dipengang tadi dibawa bersama segala beg dan bagasi yang ada. Kelam-kabut dia keluar daripada restoran dan segera mendapatkan teksi. Mujur hidangan tadi dah dibayar siap-siap. Kalau tidak, tak pasal-pasal orang fikir dia lari sebab tak nak bayar pula.
“Cik! Cik!”
Tanpa sedar, Ari dah tertinggal kotak kasut beserta sebelah lagi selipar jepun di dalamnya. Yang dipengang tadi hanya satu, dan satu lagi masih berada di dalam kotak.
“Cik! Tunggu.” Sekali lagi lelaki yang ternampak kotak kasut Ari menjerit memanggilnya yang dah sekelip mata hilang dengan teksi yang baru saja ditahan. Lelaki itu jadi buntu. Dibelek-belek dan ditelitinya seketika kotak kasut itu sebelum kepala yang tak gatal digaru-garu. “Apa aku nak buat? Tak kan nak buang benda ni?” Matanya tertangkap pada label yang terlekat di sebelah tepi kotak dan seraya itu matanya automatik terbeliak. Nyaris tak bergolek keluar ke lantai je. “Wau! Made In Korea!”


Ari hanya berdiri tersengih-sengih di tepi meja makan yang penuh terhidang dengan makanan yang agak mewah, enak belaka. Tak pernah terbayang pun yang Mak Gum akan masak sebegitu banyak. Selalunya bawah tudung saji mereka mesti kosong, tak ada lauk mahupun nasi. Habuk adalah! Buat sakit hati je. Dia diam sambil mata sesekali merenung maknya yang dah mencekak pinggang di sebelah.
“Tengok apa?!” Ringkas tanya Mak Gum yang masih geram dengan nada keras.
Ari menapak mendekati dan lembut tangan mengurut belakang maknya. “Alah mak, selalunya mak tak masak. Tu sebab lah Ari pergi makan dulu. Mak pun tak cakap pun yang mak nak masak.”
“Macam mana nak cakap! Nama pun surprise, mestilah rahsia. Lagipun, mak kau ni kan kerja dekat rumah Puan Sri nun hah. Mestilah mak masak dekat sana. Tak masak dekat rumah. Lagipun, kalau mak masak, kau bukan nak makan. Sibuk jaga badan.”
“Alah, itu dulu. Mak jangan marah eh mak. Kita makan sama-sama ye . .” Sedaya-upaya dia cuba memujuk maknya yang satu itu. “Biar Ari makan banyak, mak makan sikit je ye?” Sengaja dia cuba sedapkan hati Mak Gum. Walhal, perutnya dah naik senak, dah penuh. Tengok ayam golek tu pun dah nak termuntah rasanya. Dah tak boleh nak masuk!
“Mak, jom selfie mak. Lama dah tak selfie dengan mak. Senyum . .”


Lama ditenungnya selipar jepun bewarna merah jambu itu. Nampak macam selipar biasa, tapi sebenarnya unik. Maklumlah, buatan Korea. Semuanya akan kelihatan lebih comel dan feminin. Bulu-bulu yang ada terlekat pada selipar itu dicuitnya. Lembut, macam kain baldu.
Dia cuba mengingat kembali wajah si pemilik selipar itu, tapi gagal. Ingatannya terlalu samar akibat keadaan yang kelam-kabut. Yang dia tahu dan pasti, pemiliknya ialah wanita kerana rambutnya yang tersanggul tinggi di atas kepala. Entah apa lah yang dikejarkan sangat sampai tergesa-gesa keluar sehingga boleh tertinggal barang. Dah tu, tak menoleh lansung pula bila dipanggil.
“Sayangnya. Mesti mahal selipar ni. Kesian dia.” Shahir dan bermonolog sendiri sambil melabuhkan duduknya di birai katil. Cermin mata berbingkai hitam dan tebalnya ditolak sedikit ke atas, menyelesakan kedudukannya di atas batang hidung. Tak sah kalau cermin mata itu tak ada bersamanya. Boleh jadi macam orang buat pula dia kerana dari kecil lagi, dia dah disahkan doktor kalau dia mengalami rabun teruk. Kalau tak pakai cermin mata tersebut, memang tak nampak apa lah jawabnya.
Dalam ralik dia merenung selipar yang dah tinggal sebelah itu, tiba-tiba tergerak hatinya untuk melihat ke jam yang terpaku di dinding sana. Jarum pendek terletak pada angka 10 dan jarum panjang setia berada di angka 6. “Oh, dah pukul 10:30. Masa untuk tidur.” Kelam-kabut dia menepuk-nepuk bantal dan menarik comforter menyelubungi tubuh. Selipar yang dipengangnya dengan tangan kiri tadi dicampak jauh entah ke mana. Segera kepalanya direbahkan ke bantal empuk setelah habis membaca doa tidur. Dia mula lena dalam tidurnya yang lama. Dah macam Sleeping Beauty pun ada! Tapi kali ini versi lelaki. Tanpa disedari, selipar bewarna merah jambu itu dah jatuh terperosok ke celah meja yang berada di sudut bilik akibat dilabung tanpa hala olehnya tadi.


“Mak!” Kuat suara Ari menjerit dari dalam biliknya sehingga mengejutkan Mak Gum yang tengah ralik menonton drama bersiri Korea melalui laptop milik Ari sendiri.
Aigoo aigoo.” Cewah. Tak semena-mena Mak Gum dah pandai cakap bahasa Korea! Baru sekali dua tengok, belum feeling lagi. Kalau dah boleh feeling ni, agaknya terus jadi fasih berbahasa Korea. Agak je lah. Al kisah, warga tua ni susah sikit nak mengingat. “Why?” Tanyanya memekik. Budak yang satu ni! Kalau tak memgejutkan orang, tak sah!
Ari muncul di depan muka pintu biliknya sambil kepala disandar berat pada jejenang pintu. Tangan memengang selipar jepunnya yang dah tinggal sebelah. “Mak . . . selipar orang hilang. Dah tinggal sebelah je ni. She’s alone now.” Dah memandai pula dia meletakkan status ‘she’ pada seliparnya. Macam lah boleh tahu jantina.
“Lah, selipar je pun. Esok pi la beli dekat kedai depan tu. Belambak aih!”
“Tak nak. Ari nak selipar ni jugak. Orang beli kat Korea jauh sana tau. Uwaa . .”
Mak Gum berpaling. Drama yang sedang ditontonnya dijedakan seketika. “Beli dekat Korea? Hang dah tak balik sana dah kan? Ini last kan?”
Ari membisu, tapi kepalanya mengangguk dengan muncung kekecewaan yang panjang.
“Aih, yang cerles sangat tu kenapa?” Nak sebut ‘careless’ tapi dah jadi lain pula bunyinya. Lawak. Broken English tak habis-habis.
Langkah Ari diatur mendekati maknya yang duduk selesa di atas sofa. Dia turut duduk tersandar seraya menghela nafas dalam. “Careless lah mak. Careless.” Dia membetulkan sebutan maknya. “Mak lah suruh balik cepat tadi. Orang dah tertinggal dekat restoran tadi agaknya. Sayang je. Bukan senang tau nak dapat. Orang beli sebab nak buat kenangan bila balik sini. Tapi dah tinggal sebelah pulak. Sedih lah mak..”.
“Habis tu? What now?”
Ari menjeling. “Habis tu apa. Nak buat macam mana lagi. Redha je lah. Sebelah pun sebelah je lah. Mak yang suruh Ari cepat sangat tadi, terus tertinggal sebab kelam-kabut.”
“Salah mak lah ni? Mak lari rumah kang?”Balik diugutnya perkara yang sama. Dah basi!
Ari mencebik. “Ish, asyik nak lari je, tapi tak pernah lari pun.”
Mak Gum menyenget mulut. Betul juga. Selama ini pun dia hanya mengugut, tapi tak pernah buat betul-betul pun. Gila nak lari rumah! Nak duduk ceruk mana nanti? “Eleh, esok pagi kalau Ari tengok mak dah tak ada dekat rumah ni, hah baru Ari percaya. Mak nak lari jauh dari sini. Nak balik kampung!”
Ari dah macam percaya tak percaya. Kadang-kadang maknya yang satu tu nekad juga orangnya dengan keputusan diri. Buatnya dia betul-betul lari, dah jadi satu hal pula nak mencarinya nanti. “Dah lah mak. Ari nak tidur dah.” Dia segera bangun daripada duduknya. Sengaja dia cuba lari daripada terus melayan kerenah Mak Gum. Badannya yang longlai dibawa perlahan-lahan dengan kaki yang mengeset lantai menuju ke bilik.
Mak Gum baru saja mahu menekan semula butang play pada laptop sebelum otaknya teringatkan sesuatu. “Ari, sekejap. Meh duduk, mak nak beritahu something.”
Badan yang berat berpusing balik, menurut perintah. “Apa mak?”
“Ari lambat lagi kan nak kerja? Tak dapat mana-mana tawaran kerja lagi kan?”


Terkebil –kebil matanya memandang muka Mak Gum yang dari terangguk-angguk, suruh setuju. Jantungnya bagaikan terhenti, nafasnya bagai tersekat-sekat dan masa seakan-akan berdetik lambat. Mak Gum merenung Ari. Ari merenung Mak Gum. Mereka kaku, diam.
“Tak nak!” Tiba-tiba Ari yang bagai baru tersedar daripada dipukau menjerit. Tangan naik menutup telinga dan kaki dirapatkan ke dada. Dah macam budak kecil kena dera. “And-wae! Shi-roh! (Tak boleh! Tak nak!)” Dah keluar dah bahasa Korea nya. Pantang hilang kawalan, pasti bahasa Korea yang digunakannya. Entahlah, dah terbiasa.
“Hah? Apa yang kau merepek ni? Mak tak faham lah bahasa kau. Cakap betul-betul.”
Ari cuba menarik nafas dalam. Dia cuba untuk menenangkan diri dan berbincang baik-baik dengan maknya. “Mak, tak kan orang nak jadi maid macam mak jugak. Lagipun, mak nak ke mana? Dah nak lari ke?”
“Ish! Nak lari ke mana? Mak bukan apa. Mak dah tak larat lah nak bekerja. Ari lah pulak ganti mak. Ari tak kasihan dekat mak ke?” Bibirnya mencebik, cuba meraih simpati daripada anak dara tunggalnya.
Mulut menyenget. “Kasihan, mak. Tapi, biarlah Ari cari kerja lain. Kalau mak dah tak larat nak kerja dekat situ, mak berhenti je lah. Pandai-pandai lah dia orang cari pengganti. Lagipun, mak ingat ini warisan ke hape? Dari dulu lagi dah keluarga kita jadi orang gaji dekat rumah tu. Nenek, lepas tu turun dekat mak. Lepas tu sekarang, mak nak suruh Ari sambung legasi mak? Dah tu nanti, anak Ari pun nak kena jadi orang gaji walau belajar tinggi-tinggi? Adoi mak ni . .”
“Tapi Puan Sri cakap zaman sekarang ni susah nak cari orang gaji Melayu. Semuanya orang asing. Dia tetap nak orang Melayu jugak. Lepas tu mak cadangkan lah Ari untuk ganti tempat mak. Apa salahnya, kita jadikan keturunan kita ada sejarah pekerjaan yang sama. Baru seragam. Right?”
“Mak yang cakap? Mak yang cadangkan Ari?”
Mak Gum sengih sambil mengigit jari. “Heh, mak terlepas cakap. Sorry sorry.”
“Haih mak ni, orang tak setuju lagi. Dah tu, mama mengharaplah?”
Angguk, dan kemudian mencebik lagi. “Boleh eh? Start minggu depan?”
Dia bersandar ke belakang sofa. Kepalanya mendongak memandang syiling dan mula berkira-kira. Memang dia kasihan dengan maknya yang tak sudah-sudah bekerja semenjak dulu lagi. Tapi tak disangka pula dia perlu mewarisi pekerjaan maknya jikalau dia ingin membalas budi. Lama dia begitu sebelum memandang semula muka Mak Gum dengan kerut di kening. “Yelah. Tapi sementara je. Nanti bila Ari dapat kerja, Ari tak nak kerja dekat situ dah. Pandai-pandai lah dia orang cari orang lain. Lantak lah orang Indon ke, Filipina ke, orang Afrika sekalipun, itu semua masalah dia orang, bukan Ari.”
Mak Gum menghela nafas lega. Ada senyum lebar terukir si mulutnya dan hidung Ari dicuit. “Hah, gitu lah. Thank you.”
Welcome.” Jawab Ari dengan malas dan kembali bersandar.


Keretanya diparkir elok ke dalam ruang foyer rumah. Setelah dibawa keluar semua fail-fail kerja dan briefcase nya, Trisha terus menuju ke arah pintu hadapan sambil tangan sibuk meraba-raba kunci rumah di dalam beg tangan. Perlahan tombol pintu dipulas dan ditolak. Kakinya melangkah masuk dan kembali mengunci pintu. Baru saja kakinya mahu terus menapak mendaki tangga menuju ke biliknya di atas, dia ditegur dari belakang.
Where have you been?” Rendah suara biasa-biasa itu menerjah gegendang telinganya.
Dia berpusing dan senyum pada mamanya, Puan Sri Julia. “Ma, Trish dari office lah. Ke mana lagi?”
Puan Sri Julia mengusap lembut rambut anak sulungnya yang satu itu. “Jangan terlalu keras bekerja. Kita ni manusia, bukan robot. We need rest.” Tutur bahasanya berbunyi lembut, tapi suara dan nadanya tetap tegas. Begitulah dia, bukan tak pernah, tapi jarang berlembut nada walau dengan anak kandung sendiri. Ala-ala Iron Lady lah katakan.
I know ma. I’m just happy with my job. Trish suka uruskan syarikat tu. Mama tak payah risau. I’ll take care of myself.
You’re too workaholic. Trish kena ingat, Trish tu perempuan. Dah berusia 27 tahun. Kena ada masa untuk diri sendiri. Jangan terlalu banyak habiskan masa dengan kerja. Like now, dah pukul 11 malam. Orang lain dah balik tidur. But Trish? baru balik kerja. Mama nak Trish slow down sikit.”
Trisha hanya senyum. Dia tahu bahawa dia terlalu kuat bekerja dan menghabiskan hampir tiga per empat harinya hanya dengan bekerja di syarikat milik arwah papanya yang kini telah diserahkan kepada mamanya. Tapi itu yang dia suka. Itu yang dia mahukan untuk hidupnya. Entah lah, tak tahu bila dia akan berubah. “Trish okay. I’ll try ma. Trish naik dulu, nak rehat.”
Mamanya mengangguk dan Trisha mula menapak naik. Begitulah dia, lansung tak reti untuk duduk diam melainkan tidur. Yang dia tahu, sebaik saja celik mata di pagi hari, pasti kerja yang diingatnya terlebih dahulu. Tak ada yang lain.
Puan Sri Julia pula masih belum mahu masuk tidur. Perlahan minuman panas yang dibawanya daripada dapur dihirup sedikit demi sedikit. Dia tak boleh tidur selagi anak bongsunya, Lisha tak pulang ke rumah.
Lain pula Lisha, tak sama seperti Trisha. Lisha sangat suka dengan apa yang dibuatnya sekarang. Bukan dia suka bekerja di syarikat,  tapi dia suka untuk keluar pagi dan balik malam. Sangat suka bersosial. Dia sangka, umurnya yang dah mencecah 20 tahun akan menjadi lampu hijau buatnya untuk keluar masuk rumah sesuka hati. Kononnya dah besar dan boleh urus kehidupan sendiri.
Tergeleng-geleng kepala Puan Sri Julia memikirkan anaknya yang satu itu pula. Kalau lah arwah suaminya masih ada, pasti dia tidak mengalami kesukaran sebegitu dalam membesarkan anak-anaknya. Air matanya mula menitis, rindu pada yang telah pergi.






No comments:

Post a Comment