Dukacita Dimaklumkan Bahawa Manuskrip CINTA KLISE karya ALONE Ditolak
Huaaaaaaaaaaaa
Baca tajuk pun dah rasa macam ditusuk sembilu.. Phewww anggap aje lah tak ada rezeki eventhought dah dekat seven months menunggu feedback.
Lahaii hati. Nak buat lagu mano? Redha aje lah.
But no worries, ada lagi harapan hehehe
apa harapannya? eh, adalah. Biarlah saya saja dulu yang tahu. Bukan apa. takut duk cita-cita nanti, last-last nanti kecewa tahap menonggeng pula bila kena reject lagi! ahahaa
Takpa takpa. Pelan-pelan kan? InsyaAllah, ada rezeki tu kalau dah mencuba. Okehlah. Tak mau cerita sangat pasal tu, meh kita tengok apa komen dari pihak editor Karya Seni. Walaupun ianya satu kritikan, tapi ambillah untuk dijadikan panduan. Alhamdullilah, at least saya tau dekat mana salah manuskrip saya tuh yedok?!
Manuskrip yang dikemukakan oleh penulis ditolak kerana kurang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh syarikat kami. Hal ini disebabkan:
1. Terdapat kesalahan fakta dalam manuskrip ini. seperti hukum atau batas aurat antara bapa mertua dan menantu. Penulis mengatakan Lufa sentiasa memakai
tudung ketika di rumah kerana batas aurat antaranya dengan bapa mertuanya. Harith pula hanya menjawab “ye la tu” dan tidak menafikan apa yang diperkatakan
oleh Lufa. Dari segi agama, apabila seseorang itu bernikah maka, menantu perempuan boleh bersentuh dengan bapa mertuanya. Jadi, bapa mertua adalah
mahram. Maka, jika anaknya bercerai dengan menantu, menantu perempuan tersebut tidak boleh bernikah dengan bapa mertuanya. Menantu tersebut boleh
bersalam dengan bapa mertuanya walaupun dia telah bercerai.
2. Selain itu, penulis terlalu menghuraikan sesetengah babak manakala babak yang patut dihuraikan tidak dihuraikan sebaik mungkin. Ini menyebabkan pembaca
merasa keliru dengan penceritaan seterusnya kerana ketidakpekaan penulis dalam menghuraikan babak yang patut dihuraikan.
3. Penulis terlalu memfokuskan watak utama manakala watak sampingan bagaikan terumbang- ambing seperti watak bapa Lufa, dan ibu tiri Lufa. Watak keluarga
Harith juga kurang ditonjolkan dalam manuskrip ini. Hal ini akan menyebabkan penulisan akan kelihatan hambar dan kurang menarik.
memang betul semua yang dikatakan. Saya dah check balik and memang banyak kesalahan. Well, yelah. dalam syok duk menari-nari jemari tu atas keyboard, lupalah pada cerita yang di atas. Then, cerita yg dkt bawah dah cakap lain pulak. Memanglah readers akan keliru kalau dah macam tu jadinya. (ahahhaa hanya aku saja yang faham novel aku wakaka)
No comments:
Post a Comment