Sunday, 12 April 2015

Alonesbellog : Cinta Klise bab 1 dan 2

Assalamualaikum . . here we are again. Okay, this time, saya nak sertakan bab satu Cinta Klise aa i'm promised to. Hopefully, u guys enjoy. And, sekali lagi diingatkan, please jgjn kritik yg pedas-pedas * takut ehhee* sebab this manuskrip mmg ntah apa-apa pape *i admit it! Well, ini the first one okay. Seorg budak yg tak suka baca novel and geli dgn kisah cinta tetiba jadi novelis, tulis cerita cinta pulak tu!. So, tahu tahu je lah apa benda jadinya pada novel tu. That why saya harap readers semua tak komen mcm saya ni dah berbakat benar kayaknya Kak Azura, Acik Lana and othersssssss *denggung indon sikit* just an amatur, remember that.

Okeh, should we start?
*At first rasa nak post bab 1 aje, tapi rasa mcm pendek sngt. So, bonus, ada bab 2 sekali heeeee


PROLOG
Memandu  dalam  separa  sedar. Bukannya  mabuk  bukannya  sakit  tapi  Lufa  bagai  berada  dalam  dunia  khayalannya  sendiri. Seketika  tersedar, tidak  lama  kemudian  lamunannya  kembali. Bukannya  dia  tidak  mahu  untuk  menumpukan  perhatian  terhadap  pemanduannya   tetapi  lamunannya  tidak  mahu  hilang  walau  diusir  acap  kali.
Akal  fikirannya  tidak  sehaluan  dengan  hati. Lufa  tidak  mahu  menyandang  gelaran  anak  derhaka,  yang  tidak  mahu  taat  kepada  suruhan  ibubapa. Tetapi  dia  juga  tidak  mahu  menjadi  janda  pada  usianya  yang  masih  muda. Bukannya  dia  telah  berkahwin  dan  dipaksa  berpisah  tetapi  dia  dipaksa  berkahwin  dengan  lelaki  pilihan  hati  ibunya  pada  usia  22  tahun! Bergelar  pengusaha  butik  yang  bercita   tinggi,  dia  tidak  mahu  dan  masih  tidak  bersedia  untuk  menamatkan  kebebasannya  dengan  berkahwin  dan  membina  sebuah  keluarga  besama  jejaka  yang  sehingga  sekarang  dia  tidak  pernah  temui. Entah  kacak  ke  tidak?  kaya?  berpendidikan?  dan  yang  paling  penting  sudah  cukupkah  imannya  untuk  menjadi  ketua  keluarga  dan  membimbing  anak  isteri  ke  arah  yang  betul  dan  diredhai  Allah?  Bagaimana  kalau  pilihan  hati  ibunya  itu  seorang  samseng?  bersifat ganas?  Tiada  kasih  sayang  dan  goyah  imannya?  Bagaimana  pula  jika  nanti  dia  diceraikan  dengan  sewenang-wenangnya?
 Status janda amat buruk bagi gadis seusianya. Kacak dan kekayaan itu sudah tentu hal nombor dua. Lufa bukannya mencari kebahagiaan dengan dilimpahi kekayaan dan kemewahan. Dia cuma mahu setiap kriteria dan ciri ciri lelaki idamannya dimiliki oleh pasangan hidupnya kelak. Paling tidak dia mahu lelaki yang penyayang, berani dan dapat melindungi dirinya sebagai seorang wanita.
Aduh! Payah  sungguh untuk  membuat  pilihan.  Mahu  saja  Lufa  lari  daripada  masalahnya  dan  bersembunyi  di  suatu  cerok  agar  tidak  ditemui  oleh  sesiapa  terutama  ibunya. Tapi,  kalau  sudah  namanya  ‘anak  mak’,  tak  mungkin  boleh  berjauhan  dengan  ibu.  Paling  jauh pun  apabila  Lufa  membuat  keputusan  untuk  mengikut  bapa  saudara  yang  digelarnya  sebagai  Pak  Cik  Hud   melancong  ke  Pulau  Perhentian  pada  usia  15  tahun.  Bukannya  lama, cuma dua hari .Itupun menginap di sana selama satu malam dan pulang pada awal pagi keesokkannya. Apabila tiba di sana,rasa teruja hanya sementara. Rindu mula bertabuh terhadap ibu. Sudah jadi satu masalah pula buat Pak cik Hud apabila terpaksa memujuk Lufa yang dah menangis sepanjang malam.
Hah! Begitu keadaannya, masih lagi memasang niat untuk lari? Ah, tak mungkin! Tapi adakah itu bermaksud dia perlu menerima dan bersetuju dengan perancangan ibunya? Sudahlah! Malas rasanya untuk memikirkan perihal itu. Pokok pangkalnya dia akan membuat keputusan sendiri mengikut keadaan dan waktu yang sesuai nanti.




BAB 1
Baru saja Lufa berjaya mengusir lamunannya jauh-jauh, telefon bimbitnya mula berdering. Nada deringnya cukup menenangkan halwa pendegaran. Runut bunyi dari lagu Korea nyayian kumpulan K-pop terkenal Infinite menjadi kesukaannya. Maklumlah remaja zaman sekarang, sedang gila dilambung gelombang Korea. Daripada drama, filem, artis pujaan dan lagu dan malah makanan pun semuanya berkaitan dengan negara yang berjaya menakluki dunia dengan industri hiburannya  itu. Masakan tidak, semua artisnya berwajah cantik menawan dan kacak bergaya. Bagi Lufa, kumpulan penyayi yang paling disayangi dan disukai ialah Infinite. Setiap lagu mereka telahpun menjadi koleksinya.
Lufa mencari dan cuba mengingat kembali di mana letaknya telefon bimbit bewarna birunya. Hanya bunyi yang kedengaran tetapi tidak dapat ditemui kedudukannya. Beg tangan yang diletakkan di sebelah cuba diraba-raba. Hah itupun! Baru saja mahu ditekan butang angkat, panggilan tersebut dah terhenti. Tanpa mempedulikan si pemanggil, dia kembali mencampakkan telefonnya ke kerusi.
Sekali lagi telefonnya berdering. Alahai! Terjatuh pula. Satu hal lagi untuk mengambil kembali telefon yang masih berdering itu yang dah terjatuh ke bawah. Walaupun menyedari bahaya jika dia tunduk ke bawah sambil memandu, dia tetap perlu menerima panggilan telefon tersebut. Mana tahu mungkin terdapat hal yang penting untuk diberitahu.
Dalam kepayahan meraba-raba bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan, nah! Ini akibatnya. Bangg! Lufa terlanggar sebuah kereta BMW yang berada di hadapannya apabila berhenti di lampu isyarat yang masih berwarna merah. Bukannya dia tidak tahu bahawa terdapat lampu isyarat di hadapan. Dia telahpun memerlahankan pemanduannya. Tetapi fokusnya lebih kepada telefonnya yang terjatuh ke bawah.




BAB 2
Alahai! Apalah nasib. Kalau kereta Kancil yang dihentam tidak mengapalah. Inikan, kereta mewah! Pokai! Pokai! Mengenangkan pendapatannya yang tidak seberapa Lufa mula memikirkan berapa pula bayaran ganti rugi yang bakal diminta oleh pemandu kereta mewah itu.
Sedang dia berkira-kira, pemandu kereta tersebut keluar. Lagak gayanya sungguh berkeyakinan. Tinggi lampai, berpakaian kemas dan berkaca mata hitam lagi! Usianya pula mungkin dalam lingkungan 25 tahun. Lelaki. Ya! Lelaki. Getus Lufa, jika wanita yang menjadi pemandunya, bolehlah dia berkompromi dan meminta maaf dengan mudah sedikit. Ini lelaki. Sudah tentu keras kepalanya, kasar lagaknya dan susah untuk dibawa berbincang. Kaki dah keras seperti fikirannya. Dia tidak mampu untuk berfikir dan keluar daripada keretanya. Mengigil kakinya. Perlahan-lahan dia  menarik dan menghembus nafas beberapa kali. Setelah berjaya mengumpul kekuatan yang difikir mampu untuk menampung rasa takutnya buat seketika, lambat-lambat dia membuka pintu keretanya. Kaki dijejakkan ke tanah. Lagi sekali dia menarik dan meghembuskan nafas.
Lelaki itu kelihatan marah. Dia menuju dengan melulu ke arah Lufa yang terpacak di tepi Myvi kunignya. Lufa menerkup muka dengan pantas. Fikirnya lelaki itu mahu menamparnya. Memikirkan kuasa dan tenaga lelaki, pasti bengkak pipinya jika ditampar.
 Lelaki itu kehairanan melihat keadaan Lufa yang berdiri di sebelah kereta sambil menerkup muka. Hah! Rasa amarahnya terasa bagai hilang melihat perwatakan Lufa. Dalam hatinya tersenyum tetapi wajahnya masih masam. Dia berdiri betul betul di hadapan mata Lufa. Agak lama mereka mengambil masa untuk bersemuka. Lampu isyarat pun dah bertukar beberapa kali. Maklumlah, kawasan tersebut memang jarang digunakan oleh pengguna lain. Sememangnya kawasan itu sunyi dan lengang. Itu membuatkan Lufa lebih takut. Buatnya lelaki itu menculik dan membawanya lari, sudah pasti tiada siapa yang tahu.
Lufa mencuba untuk melihat wajah lelaki itu. Dia mengintai-intai di celah celah jarinya. Masih takut untuk membuka tutupan pada mukanya, dengan lembut dia cuba untuk meminta maaf.
”Encik..saya minta maaf ya. Saya tak sengaja.”
Nada Lufa tegetar-getar membuatkan lelaki itu mahu tergelak. Tapi dipalingkan mukanya ke lain. Dia masih lagi mahu mengekalkan wajah bengis dan egonya. Dia membuka kaca mata hitamnya dan mengjerkah Lufa.”Engkau ni bawa kereta pakai mata ke pakai lutut? Tak faham bahasa ke lampu dah merah? Asal kau tak berhenti! Ni  macam mana ni? Kau nak bayar ganti rugi? Ehh kalau aku tengok kau ni la kan, aku rasa gaji sepuluh bulan kau pun tak mampu nak bayar aku.”
“Eleh mamat ni. Ayat cliche sangat lah pulak. Ingat aku ni sengkek sangat ke? Lagipun bukannya besar sangat rosaknya pun.”            Lufa dah panas hati. Laju je mulutnya membidas apabila mendengar kata-kata lelaki itu dan tak semena-mena pula dia menjadi berani untuk melepaskan tangan daripada terus menutup muka.
What?” Lelaki itu dah meninggikan lagi suaranya.
Whatever lah. Encik…eh apa nama?” Lufa dah dapat sedikit keberanian  melalui rasa geramnya.Selamba, lansung tak memandang wajah lelaki itu.
Dengan lagak ego yang tinggi lelaki itu menjawab. Mukanya dipalingkan ke lain tanda menyampah. “Nama aku Harith Azmi. Anak tunggal  Tan Sri Zulkifli.”
“Hah  Encik Harith, kereta mewah encik ni calar sikit je. Bukannya sampai remuk hilang sebelah kereta terus kan? Saya mampu la bayar ganti. Hah cakap. Cakaplah nak berapa banyak?”
“Aku nak lima ribu!” Minta lelaki itu.
“Eh eh..Sengal betul la mamat ni! Eh Encik Harith, Ingat saya ni perempuan saya tak tahu benda-benda macam  ni? Workshop kereta dah jadi tempat saya main masak-masak la masa kecil-kecil dulu. Setakat calar seciput macam ni tiga ribu pun boleh settle!” Lufa masih ingat apabila dia selalu bermain bersama sahabat karibnya, Anis di bengkel kereta. Mana tidaknya, bapa Anis merupakan pemilik sebuah bengkel di kampung. Oleh itu, dia tahu sedikit sebanyak tentang perihal bengkel.  “Nampak kaya tapi nak tipu duit orang! ceitt!” Perasaan menyampahnya dah membuak-buak.
.”Hah ! Nak sangat duit kan? Tunggu !” Lufa kembali ke keretanya dan meraba-raba beg tangan. Dari tadi dia mencuba untuk megesan beg duitnya tetapi masih tidak ditemui. “Alamak! Mana ni? Macam mana aku nak bayar mamat ni?” Dia cuba untuk mengingat kembali di mana dia meletakkan beg dompetnya. Tadi, sebelum keluar menaiki kereta, dia sempat singgah di butiknya untuk menghantar berapa dokumen dan membuat pembayaran ambilan. Mungkin dia tertinggal beg dompetnya di meja hadapan butik! ”Aishh..Naiya lah aku macam ni. Apa aku nak cakap? Nanti dia ingat aku nak mengelat pula.” Merah padam mukanya. Dia menahan malu sambil kaki lambat-labat menghampiri Harith.
“Saya bukan tak nak bayar ..Tapi..”
“Hah! Apa? Tak ada duit ke? Aku dah cakap yang orang macam kau ni memang  tak mampu nak bayar walau sepuluh ringgit pun!” Harith kelihatan puas melihat reaksi Lufa yang tersipu-sipu menahan marah yang bercampur  malu akibat kata-kata tinggi menggunungnya tadi.
“Alah..Encik Harith..Beg dompet saya tertinggal di tempat kerja. Err ..Nanti saya bayar. Saya janji. Betul.” Lufa cuba untuk menyakinkan Harith. ”Tapi macam mana? Aku bukan kenal pun mamat ni. Macam mana nak berjumpa lagi?” Dia dah bermonolog sendirian.
“Ehh. Dah lah. Aku dah lambat ni. Aku banyak hal tahu tak.”
Lufa fikir bahawa Harith akan membiarkan perihal itu berlalu sahaja. Dia dah berkira-kira untuk segera beredar dari situ dan melupakan peristiwa malangnya.  “Ohh ..Terima kasih Encik Harith Azmi anak tunggal Tan Sri Zulkifli. Saya balik dulu ya….Assalamualaikum.”  Cepat-cepat dia  berpaling dan mempercepatkan langkahnya ke arah pintu kereta.
“Eh eh… Minah, kau ingat hal ni dah selesai? Meh sini!!”
“Ish..Kurang asam betul la mamat ni! Lepaslah!”  Lufa dah merengus. Mana tidaknya, Harith  dah menarik-narik hujung tudung belakang yang dipakainya sehinggakan dia turut tertarik ke belakang. Dia memegang tudungnya agar tidak tertanggal.  “mak!!”  Mulut dah menjerit menyebabkan Harith segera melepaskan tudungnya.
“Hah! Panggillah mak kau. Mana? Mana? Tak ada pun.” Harith mengejek.
“Eiii..awak nak apa lagi ?”
“Kau tanya aku nak apa lagi? Aku nak kau bayar aku lah. Kau ingat aku akan biarkan kau macam tu  je. No way la.” Harith memikirkan sesuatu. Hatinya terasa lain melihatkan gelagat Lufa yang sedang membetulkan kembali tudungnya dalam keadaan marah. Dia segera mengelak daripada terus memikirkan perasaan itu. Lufa mempunyai cirri-ciri gadis yang mampu memikat hatinya. Dia ternyata lebih tertarik dengan gadis yang berpewatakan ganas tetapi sebenarnya terdapat kelembutan dalam diri. “Nah. Ambil ni.” Dia memasukkan tangan ke dalam  poket seluar slack berjenamanya dan menghulurkan sekeping kad kepada Lufa. Kad tersebut mengandungi nama, alamat pejabat dan nombor telefonnya yang dikhaskan untuk urusan umum.
“Aku nak kau langsaikan hutang kau sebelum hujung minggu ni. Biarlah aku bagi tempoh lama sikit. Biar kau kumpul duit dulu nak bayar aku kan?” Harith dah menyindir Lufa yang hanya berdiam diri dari tadi.
Lufa menyambar kad yang dihulur dengan kasar. ”Beria nak berkad bagai. Cakap je la kau nak jumpa aku lagi.” Tanpa segan-silu dia mengusik Harith sebagai tanda cuba untuk berbaik.  “Nanti aku bayar lah. Kau jangan risau. Tak jatuh miskin pun kalau aku tak bayar kan? Okay..Bye Encik Harith Azmi. Jumpa lagi ya nanti.” Dengan sengih yang selamba, laju dia berpaling menuju ke keretanya. Sebelum masuk ke dalam kereta, dia sempat memerhati Harith yang berjalan menuju ke kereta mewahnya. Tiba-tiba sendi-sendi mulutnya naik, dia tersenyum sendiri.
Pon!pon!!
Sengaja Lufa menekan hon kereta sebagai tanda mengusir kereta Harith untuk ke tepi. Dia juga menekan pedal minyak berulang kali. Seperti mahu berlumba lagaknya.

Harith menjadi panas hati. Dia sedia tahu bahawa Lufa sengaja berbuat begitu sebagai tanda protes terhadap kejadian yang berlaku antara mereka. Dia menurun tingkap keretanya dan melambai-lambai kepada Lufa dah terus memecut laju ke hadapan.

No comments:

Post a Comment