Monday, 13 April 2015

alonesbellog : Cinta Klise Bab 3 dan 4

Assalamualaikum, hye.

macam mana dengan bab 1 and bab 2? Pendek kan? itulaaaaaa.
masa tu mmg tak ada idea pun tapi semangat di dada ni berkobak-kobak nak mula menulis. cenggitu lah jadinya hahaha. Sorry lah kalau bosan and waste ur time aje duk baca penulisan amatur *hurmm sedih
tapi tak apa, because what? Because saya dah ada second novel yang blh dikatakan, agak mature dah gaya penulisannya. But sorry, saya tak blh dedahkan lagi about the sencond novel because still lagi dlm penilaian penerbit. So, tak nak lah spoil dulu, kan kan?
Anyway, hres the third and the fort chapter. stiill, tak berapa bagus lagi tapiiiiii BOLELAAAAAAA. heeee


BAB 3
“Assalamualaikum. Maya, awak ada jumpa beg dompet saya? Saya rasa saya tertinggal di sini                       tadi.” Sesampainya Lufa di butik dia terus mencari beg dompetnya. Dia tidak mahu berlengah-lengah untuk membayar ganti rugi kepada Harith. “Tak perlu seminggu, sekarang juga aku boleh bayar !” Getus hati Lufa yang rasa menyampah terhadap kata-kata Harith.
“Ermm..Tak tahu lah. Tapi saya tak jumpa apa-apa dompet pun. Mungkin Cik Lufa terletak kat tempat lain. Sumpah saya tak jumpa. Cik Lufa jangan kata saya yang ambil ye. Saya ni jujur orangnya. Dah dua tahun saya bekerja dekat sini, tak kan Cik Lufa tak percayakan saya? Cik Lufa tak tuduh saya kan?”
“Ishh..Awak ni Maya. Saya tak cakap pun awak yang ambil. Merepek banyak la awak ni. Dah pergi buat kerja.” Pening kepala Lufa melayan perangai gila gila Maya .Dia mengambil Maya bekerja dengannya semenjak Maya berusia  18 tahun. Maya kini bekerja sambil menyambung pengajiannya dalam bidang fesyen. Lufa telah memberikan sepenuh kepercayaannya terhadap Maya dalam menjaga dan menguruskan butiknya. Bagi Lufa cukuplah Maya seorang yang bekerja di butiknya. Sikap Maya yang periang, ramah dan banyak mulut dah cukup membuatkan pelanggan tidak jemu untuk mengunjungi butiknya. “Tak apalah Maya. Mungkin saya tertinggal dekat restroom masa saya solat tadi. Saya pergi tengok ya.” Dia menuju ke arah belakang butik. Sambil memengang tombol pintu, dia berdoa agar beg dompetnya benar-benar berada di dalam. Lufa memejamkan mata, menolak pintu perlahan-lahan dan melangkah masuk.
“Fuhh..Nasib baik ada dekat sini. Hai beg dompet, kau ni memang lah. Kalaulah aku pergi makan ke tadi  siapa nak bayar? Tak ke malu aku nanti?” Lufa membelek-belek beg dompetnya. Kebetulan dia baru mengeluarkan duit dari bank sebanyak RM5000 dengan tujuan untuk membuat pembayaran terhadap butiknya dan membeli sedikit barang peribadi. Maklumlah, baginya kalau hendak membeli-belah, biar banyak-banyak. Lagipun dia bukan selalu keluar membeli-belah. “Sekarang lepas bayar duir butik, tinggal RM2000. Ishh ..Aku ingatkan nak boros hari ni. Dah kena bayar mamat Harith ni pula. Tak cukup ni. Kena pergi ambil lagi. Ayoyo! Pokai aku!”
“Maya, saya dah jumpa beg dompet ni. Saya nak keluar. Awak jaga butik ya. Jangan tidur pula eh ..Awak dah makan? Nak saya belikan makanan?” Sudah menjadi kewajipan Lufa untuk menjaga kebajikan pekerja tunggalnya  itu. Lagipun dia memahami keadaan Maya sebagai seorang pelajar. Tentu dia perlu menampung  belanja makan minumnya sendiri. Jadi apalah salahnya jika sesekali dia yang meringankan beban Maya dengan belanja Maya makan dan minum.
“Belum lah Cik Lufa. Lapar ni.” Maya menjawab dengan mimik muka sambil mengosok perutnya.
“Okay, Nanti saya balik. Saya pergi dulu.”
 Lufa menolak pintu butik. Beg dompetnya masih belum disimpan ke dalam beg tangannya. Malang  tak berbau. Gelagat Lufa yang membelek-belek duitnya diperhati oleh seorang lelaki yang berdiri tidak jauh darinya. Dia  dah berasa tidak sedap hati. Seperti sesuatu buruk akan berlaku terhadapnya, lebih buruk berbanding insiden dia terlanggar kereta mewah Harith. Cepat-cepat dia memasukkan beg dompetnya kedalam beg tangan.
“Arghh..tolong !!” Lufa menjerit meminta tolong apabila beg tangannya direntap oleh lelaki yang memerhatinya dari jauh tadi. Lelaki itu bertindak berani dengan meragut apabila dia melihat duit Lufa yang berkepuk-kepuk dalam beg dompetnya. Lufa pula putih mata melihat lelaki itu berlari laju dengan beg tangannya. Segala dokumen dan  kad pengenalan diri turut dibawa pergi oleh lelaki itu. Tiada siapa yang datang membantu. Kebetulan pula tiba-tiba kawasan butiknya sunyi dan tiada orang yang lalu. Dia menerkup muka dan terduduk. Dia begitu terkejut dan terkedu. Fikirannya sekali lagi terhenti daripada berfungsi.
Maya yang berada di dalam butik tidak dapat mendengar jeritan Lufa. Apabila dia ingin ke hadapan butik, dia melihat Lufa terduduk di atas lantai di luar butik. “Apehal Cik Lufa ni? Tadi kata nak keluar.  Apehal duduk dekat situ pula?” Dia menolak pintu dan hairan melihat keadaan Lufa sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. “Cik Lufa, Cik Lufa buat apa ni? kenapa duduk dekat sini. Panas lah. Jom duduk dalam. Kan ada kerusi?”
Lufa mengangkat muka. “Maya..Saya kena ragut. Habis semua duit dan barang peribadi saya kena ambil.” Air matanya menitis, hatinya sakit dan bingung.
“Ya Allah Cik Lufa. Kenapa Cik Lufa tak jerit. Kenapa tak minta tolong orang ramai? Saya,  kenapa tak minta tolong pada saya. Kalau saya dapat manusia tak guna tu siaplah saya kerjakan !!” Maya menjadi geram. “hah! Orang ramai lalu ni kenapa tak minta tolong pada mereka?”
Dengan tiba-tiba ramai pula orang yang lalu-lalang di sekitar kawasan butik. Seperti mereka semua merancang untuk tidak lalu di sini semasa kejadian.
“Tak mengapalah Maya. Benda dah nak jadi. Tolong bawa saya masuk.” Lufa menjadi  sugul dan tak mampu untuk berkata-kata. Nasi sudah menjadi bubur. Peragut itupun dah lari jauh entah ke mana. “Nanti awak teman saya buat laporan polis ya?  Kemudian saya nak batalkan semua kad bank dan kad pengenalan saya. Takut nanti peragut tu guna identiti saya pula.”
“Baiklah Cik Lufa. Saya akan tolong. Cik Lufa rehat dulu ya. Tenangkan fikiran. Nanti saya buatkan air.” Maya berasa kasihan melihat keadaan Lufa yang begitu kecewa. “nanti kau peragut!”




BAB 4
“Maya, cepat sikit tutup kedai ni. Nanti kalau terlambat, habis hangus semua duit saya dikaut si peragut tu. Cepat !.” Lufa dan Maya ingin bergegas ke bank bagi menyekat semua simpanannya sebelum si peragut tadi cuba menggunakan kad kredit dan kad banknya. Walaupun kebanyakkan peragut hanya mengambil wang tunai yang terdapat dalam hasil ragutannya, Lufa tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian yang lebih buruk lagi. Cukuplah hari yang malang itu berakhir seiring dengan tenggelamnya matahari pada hari itu. Dia tidak mahu menghadapi sebarang masalah berkaitan perkara ini lagi.
“Okey jom Cik Lufa.” Maya  segera mengunci pintu pagar butik dan menuju ke arah kereta Lufa.
“Lekas, nanti bank tutup.” Lufa menguatkan semangatnya semula dan melupakan kejadian mengejutkan itu. Memang mudah bagi Lufa untuk melupakan sesuatu yang baginya tidak perlu untuk diingat dan difikirkan. Sifatnya itu menjadikan dia seorang yang lebih cenderung untuk memikirkan masa depan berbanding masa lepas. Sebab itulah dia sentiasa berfikiran positif dan mudah untuk menyelesaikan masalah.
 Kereta Lufa meluncur laju menuju ke bank berdekatan. Setelah selesai urunsannya di bank dan mengeluarkan RM 3000 buat melangsaikan hutangnya pada Harith, dia segera menghantar Maya pulang ke rumah.
“Cik Lufa jangan stress ya! Semuanya dah okey. Mamat peragut tu tak ambil apa-apa pun. Cik Lufa rehat ya!” Pesan Maya kepada Lufa sebelum turun dari kereta. Hubungan mereka ibarat adik-beradik. Mereka sungguh rapat dan sering berkongsi rahsia sesama sendiri.
Yelah Maya. Saya tak stress pun. Saya easy going kan? Awak jangan risau lah. Okay bye .”
Lufa menukar gear kereta dan bersedia untuk menekan pedal minyak. Tiba-tiba matanya tertangkap pada sekeping kad di atas dashboard. Kad yang diberi Harith. “Baik aku bayar sekarang. Kalau aku lengah-lengahkan nanti entah apa pula yang terjadi pada aku. Ishh..malas betul aku nak jumpa mamat tiga suku ni!” Dia segera menelefon nombor yang tertera di atas kad tersebut. Panggilan pertamanya tidak berjawab. Dia mencuba lagi, pun tidak berjawab. “Ishh..mamat ni! Macam tak nak duit je. Ni last aku call. Kalau tak berjawab jugak nasib kau lah. Tak kuasa aku nak bersusah-Payah sebab kau. Bukannya dia tak boleh nak hantar bengkel kalau aku tak bayar ganti pun. Anak tan sri lah katakan. Okey ni last!” laju jarinya mendail dan  mencuba buat kali terakhir. Panggilannya berjawab.
Hello. Hah! Hidup lagi. Ni saya nak bayar ganti rugi kereta awak ni.”
Apehal kau ni? Aku tengah dalam meeting tahu tak?” Tumpuan Harith terhadap perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat terganggu dengan panggilan dari Lufa. Dia terpaksa mempercepatkan pembentangan laporannya dan segera keluar dari bilik mensyuarat untuk menerima panggilan telefonnya. “Kalau aku tak dapat tender ni kau la punya pasal.”  Dia dah naik geram. Nadanya juga begitu.
“Heh. Sorry.  Saya nak bayar ganti rugi kereta awak tu . Awak nak jumpa saya dekat mana? Saya nak settle kan hari ni jugak” Lufa menahan amarahnya. Bukannya dia terhegeh-hegeh untuk bertemu Harith tapi dia tetap mahu untuk menyelesaikan semuanya dengan segera. Dia tidak mahu menangguh urusan yang melibatkan duit.
“Nanti-nanti lah. Aku bukan sengkek macam kau. Kan aku dah bagi kau seminggu. Simpan la duit kau tu.” Tanpa menunggu kata akhir daripada Lufa, dia terus mematikan talian dengan selamba.
Hello? Hello?” Lufa dah jadi panas hati dengan sikap Harith yang kurang ajar dengan mematikan talian sebelum dia sempat membuat apa-apa keputusan “Ishh ..lantak pi hang la. Aku  tak heran pun. Menyampah betul la!” Dia merungut dalam longhat  Penang. Maklumlah, ibunya berasal dari Pulau Pinang dan dia pernah tinggal dengan nenek sebelah ibunya di sana selama 2 tahun. Dia sering terbawa-bawa longhat tersebut apabila berasa marah dan geram. Itulah sebabnya kadang-kadang rakan-rakannya ketawa terbahak-bahak apabila mendengar dia berleter.
Lufa tidak terus pulang ke rumahnya. Dia singgah di sebuah pasaraya mini berdekatan kawasan perumahan Maya untuk membeli beberapa barang. Agak lama dia berada di dalam pasaraya tersebut sehinggakan dia tidak sedar bahawa hari sedang beransur malam.
Hari semakin gelap. Langit menjadi mendung walaupun jam baru menunjukkan pukul  7.23 petang. Mungkin Bandar Johor Bahru pada petang hari itu akan disirami dengan hujan lebat. “Aku kena cepat ni. Hujan lebat nanti susah aku. Seram!” Dia memang takut untuk memandu dalam keadaan hujan lebat. Semuanya bermula dengan tragedi kemalangan arwah rakan kolejnya dulu. Dia masih ingat ketika itu hujan lebat turun di sekitar kawasan perumahan tempat rumah yang disewa bersama rakannya itu. Hujan sangat lebat dan hari sangat gelap.
…….
Hello, Sha awak dekat mana ni? Hari nak hujan ni. Awak balik la cepat. Saya risau lah.” Lufa menelefon rakannya yang keluar dari pagi dan masih tidak pulang menjelang petang. Hatinya rasa tidak enak dan merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Dia tidak tahu apa maknanya perasaan itu tapi dia segera bertindak dengan memastikan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Dia tidak mahu memikirkan perkara yang bukan-bukan yang akhirnya akan menakutkan diri sendiri.
“Saya on the way nak balik  ni. Saya dah masuk kawasan perumahan dah ni. Kenapa? Ada apa-apa masalah dekat rumah ke?” Shakirah Amira atau dipanggil dengan nama Sha oleh rakan baiknya  berasa hairan dengan suara Lufa yang terketar-ketar dan penuh dengan kerisauan.
“Cepatlah balik. Saya tak sedap hati. Hari pun dah hujan ni. Saya rasa hujan lebat lah.”
“Iyalah. Awak tunggu saya dekat rumah ya.”
Lufa berasa sedikit lega apabila Shakira hampir sampai ke rumah mereka. Tetapi rasa leganya hanya bertahan sementara sahaja. Sudah lebih 30 minit dia menunggu tetapi kelibat Shakira masih belum kelihatan. Masa berlalu dan hampir satu jam dia menunggu.
Kringg!!kring!!
“Hah. Itu mesti Sha.” Kerisauan Lufa  dah berkurangan. “Hello, Sha. Awak dah sampai ke? Lamanya awak nak sampai rumah. Awak tipu saya eh?” Tetapi Lufa hairan. Suara yang menjawab panggilan daripada Shakira lain dan garau. Yang pasti itu bukan suara Shakira.
“Minta maaf cik. Boleh saya tahu cik ni siapa kepada cik Shakira Amira Binti Roslan?”
“Saya rakan serumah dia. Encik ni siapa? Kawan saya Sha mana?”Suara  Lufa dah bertukar serak. Hatinya berdebar-debar .
“Saya Koperal Amir dari balai polis Bukit Angsana. Rakan serumah cik iaitu cik Shakira Amira telah terlibat dalam kemalangan bersama sebuah lagi kereta.”
“Ya Allah! Tak mungkin! Apa yang terjadi padanya? Dia selamatkan? Di mana tempatnya?” Air mata Lufa berjurai dengan laju membasahi pipi. Segala tanggapannya benar. Firasat hatinya tidak berbohong.
“Saya minta maaf. Rakan cik tidak dapat diselamatkan. Dia telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Besar Bukit Angsana. Diharapkan cik dapat datang dan membuat pengenalpasti mayat.”
Lufa tak mampu untuk berdiri. Dia terduduk di atas lantai. Telefonnya terlepas dari gengaman. Namun, dia perlu menguatkan semangat. Dia segera mencapai kunci kereta dan keluar memandu dalam keadaan hujan yang sangat sangat lebat. Bagaikan taufan gayanya hujan ketika itu. Ketika dalam perjalanannya ke hospital, Lufa dapat melihat kereta milik Shakira yang tersadai dalam keadaan remuk di bahagian pemandu.Hatinya juga remuk. Mulut segera diterkup bagi menahan tangis yang kuat.
Lufa tiba di hospital ketika Shakira dibawa masuk ke bilik mayat  dan telah selesai dibedah siasat. Tergesa-gesa dia berlari ke sana ke sini bagi mencari bilik mayat yang terletak agak jauh ke dalam bahagian hospital. Bajunya basah kuyup akibat berlari dalam hujan lebat. Tiba di pintu bilik mayat, dia sekali lagi terduduk dan menangis. Pihak polis cuba menenangkannya dan memapahnya untuk membuat pengenalpastian mayat.
“Cik, betulkah ini cik Shakira Amira?” Soal seorang polis wanita yang bertugas dalam kes kemalangan Shakira.
Dalam teresak-esak Lufa menjawab. “Ya. Dia rakan serumah saya. Bagaimana dia kemalangan?”
“Berdasarkan bedah siasat,cik Shakira meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala. Keretanya dirempuh oleh kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Hujan lebat juga menjadi punca kemalangan memandangkan jarak penglihatan yang kabur dan terhad.” Terang polis wanita tersebut kepada Lufa dengan lembut dan jelas.
“Ya. Terima kasih.” Lufa menghampiri mayat Shakira yang terbujur kaku. “Sha ..kenapa awak degil? Saya dah beritahu awak untuk berhati-hati. Kenapa Sha? Kenapa?” Digenggamnya erat tangan Shakira yang sejuk dan pucat. “Sampai hati awak tinggalkan saya! Kita dah janji untuk konvo bersama-sama kan? Kenapa awak tak mahu bersama saya? Kenapa awak pergi dulu?…”
Suara teresak-esak Lufa mejadikan suasana sepi dan syahdu. Pihak polis meminta diri untuk beredar dan memintanya untuk menghubungi ahli keluarga Shakira bagi memaklumkan tentang kematiannya. Mendengarkan permintaan itu, Lufa menjadi buntu.

Dalam nada yang sebak dan halus, Lufa berbisik kepada Shakira.“ Sha..bagaimana saya nak beritahu keluarga awak tentang kematian awak?...sedangkan awak membesar di rumah anak yatim dan hidup sebatang kara? Maafkan saya Shakira. Selamat tinggal.”   

No comments:

Post a Comment