Assalamualaikum . .
Hmmm. .
At first, rasanya macam tak nak expose dulu pasal my second novel. But, after buat sedikit research and sedikit pemerhatian, kebanyakan novelis terkenal dah expose dah tentang novel mereka before dipublishkan. Thats mean, mereka ni dah colloect readers terlebih dahulu before novel mereka dipublish.
And kebanyakan feedbacknya, bila readers dah baca dalam blog, mereka ni jadi tak sabar-sabar nak tahu cerita selanjutnya and end up pergi beli novel novelis tersebut di bookstore. So dari situ, novelis ni sedikit-sebanyak dah tarik pelanggan untuk beli novel dia.
So, fikir punya fikir, ada baiknya kalau saya cuba, cuba ikut step novelis berjaya ni. Mana tahu, mungkin membuahkan hasil yang baik, InsyaAllah, Amin. Kata orang, belajarlah dari yang pandai. Biar meniru, tapi jangan menipu. Yedok?
OKay, lepas pertimbangkan rancangan tu, saya pun ambil keputusan untuk exposekan satu dua bab kepada readers yang sangat duk usha blog. Tapi tak bolehlah banyak-banyak sebab manuskrip yang second ni masih dalam penilaian publisher. So, tak beranilah nak melebih-lebih pulak. InsyaAllah, kalau ada rezeki untuk dipublishkan, publisher akan suruh delete balik setences yang dah dikeluarkan di blog. Takut nanti novel di pasaran tak lakulah kut sbb readers duk asyik baca dkt blog pulak, kan?
Bismillahhirrahmanirrahim . .
Mempersembahkan . . PUTERA SKEMA MILIK CINDARELLA
PROLOG
Jam
dipergelangan direnung sekilas dan bibir mula mengukir senyuman yang membawa
erti puas, gembira dan berdebar-debar. Alhamdullilah, setelah selama 6 jam bertebangan
di ruang udara dari Korea Selatan, kini
kakinya menjejak ke bumi Malaysia setelah hampir 2 tahun tidak pulang. Jam
menunjukkan pukul 9:34 pagi ketika dia mula melangkah menghampiri pintu keluar
Lapangan Terbang KLIA yang agak sesak dengan para pelancong yang berpusu-pusu
ke sana ke mari. Ke mana arah tuju mereka semua, tak tahu lah. Yang Ari tahu,
dia nak makan! Dah lapar seh! Makan dalam kapal terbang pun bukannya
puas sangat. Gayat semacam saja rasanya. Setakat nak lapis perut boleh lah.
Kalau nak buat melantak, memang tak lah ceritanya.
Selalunya,
dah menjadi kebiasaan buat orang lain, tiba kembali di tanah air sendiri pasti akan
teru menghala ke rumah keluarga tercinta terlebih dahulu bagi melepaskan segala
rindu yang dah terpendam lama di benak hati. Tapi lain pula bagi si gadis
bermulut kecoh lagi becok ini. Sebaik saja masuk ke dalam teksi yang disewa,
mulutnya laju menyuruh pemandu teksi teksi itu untuk membawa ke restoran yang menghidangkan
makanan lazat delicious plus marvelous di sekitar Wangsa Maju.
Berkerut
dahi si pemandu yang berbangsa Singh itu. “Ayoyo, orang lain mau balik itu
rumah dulu. Awak mau pergi makan pulak ka?” Sampaikan tergeleng-geleng
kepalanya sambil menepuk dahi.
Ari
ketawa. Mulutnya tersengih lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang
teratur rapi. Badannya yang dah naik lenguh disandarkan ke belakang setelah
tangan usai mengikat sanggul rambutnya yang panjang paras dada. “Laparlah Uncle.
Kalau saya balik rumah pun bukannya boleh makan. Paling sedap pun dekat rumah
tu mee Maggie je.” Selamba dia menjawab sambil tangan memeluk tubuh. Sungguh,
tiada apa yang menyelerakan di rumahnya. Memang tak akan ada yang memasak di
sana. Dapur dah lama tak berasap dari dulu lagi dan dia yakin kalau sehinggakan
kini pun masih lagi tak berasap.
“Wokey.
Ikut saja lah . .” Ujar pemandu tersebut yang akan dengan permintaan penumpang.
“Customer is always right walaupun sometime dia orang always
wrong juga.” Sekali lagi, kepalanya ikut tergeleng.
Ari
senyum lagi. Matanya tiba-tiba tertangkap pada sesuatu yang dibawanya pulang
daripada Korea Selatan. Perlahan-lahan kotak kasut itu diangkat dan diletakkan
ke atas ribanya. Lambat-lambat juga penutup kotak itu dibuka. Setelah dia
melihat isi kotak itu, dia senyum manis, panjang dan melebar. Laju diangkatnya
merapati pipi dan dipeluk erat isi kotak itu.
“Oh
selipar jepun pink ku yang unik!”
Snap!
Nama pun kaki selfie, sempat juga dia ber selfie dengan selipar
jepun merah jambu kesayangannya itu.
BAB 1
“Hah?
Lah . . yang mak masak tu kenapa? Selalu kalau orang balik rumah, mak bukannya
nak masak apa-apa pun. Kebulur perut orang nih! Orang dah nak habis makan dah ni
hah. Dah kenyang sangat dah.”
“Yang
hang pi makan luar tu apehal? Hang kan dah lama tak balik. So, today,
mak nak buat special la kat hang. Balik la terus ke rumah. Yang pi makan
dulu tu buat apa?!” Suaranya mula berteriak di corong telefon. Dah naik speaking
dah Mak Gum dibuatnya. “Anak bertuah ni!
Ni mak dah masak banyak-banyak ni siapa nak bagi perabis?”
“Mak
lah. Mak kan super capable woman. Tolak kayu dengan batu je yang mak tak
telan. Yang lain, wassalam dah. Kan mak?” Sengaja pula Ari mengusik maknya yang
dah memekik-mekik. Tangan kanan melekapkan telefon bimbit di telinga, manakala
tangan kiri sibuk membelek-belek selipar jepunnya yang tadi. Entah apalah yang
diminatkan sangat dengan selipar yang satu itu.
Mak
Gum mengetap bibir. Nafasnya dah turun naik, geram. “Hey, kurang hasam. What
you think I? Shrek? Princess Fiona?” Sekali lagi, broken
English. Mana mak nak habiskan semua ni. Mau terbonkang dibuatnya.
Banyak ni Ari oii! Apa mak nak buat dengan rezeki yang melimpah-limpah ni. Kau
ingat semua ni free? Ayam golek yang mak buat ni, Ari ingat mak jumpa bergolek
dekat tepi jalan? Mak beli tau. Pakai duit mak!”
“Alah
. . mak kan memang Princess Fiona. Tu sebab muka Ari pun macam ada
keturunan princess jugak kan? Tak apa mak, you can do it!”
Beria-ria dia memberi semangat sambil menjulang tinggi segenggam penumbuknya.
Kononnya nak lari daripada jadi mangsa ‘penghabis stok makanan’. Memang dah
over-load sangat dah kantung perutnya ketika ini. Yang maknya pun satu. Selalu
bukan nak masak-masak apa-apa pun. Tiba-tiba, hari ni jadi rajin terlebih pula
nak masak banyak-banyak. Salah siapa ni?
Mak
Gum dah tak ambil kira. Nak atau tak nak, tetap kena. “Dah! Balik cepat! Mak
kira sampai sepuluh. Kalau Ari tak sampai depan rumah ni, mak nak lari rumah!
Jangan cari mak dah. Sharifah Diandra Binti Jufri, baik cepat balik sekarang!” Dia
dah mengugut. Kecoh mulutnya sampai satu isi rumah bergema denga suaranya. Mana
tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Itu sebablah mulut Ari pun sama naik
kecohnya. Mewarisi gen!
“Mak,
cuba bersabar. Mak jangan lari rumah mak. Nanti orang ingat mak lari dengan
dengan mamat Lombok. Hah, kan tak sedap bunyinya tu?” Tak habis-habis lagi nak
menyakat Mak Gum yang dah macam kawan buatnya.
Mak
Gum tak peduli. Tiada kompromi lagi baginya. Susah payah dia bersilat di dapur berhabis-habisan
untuk menyambut kepulangan anak tunggalnya, alih-alih, makanan di kedai juga dihadapkan.
Cis! “Balik Ari, balik!” Kuat suaranya menjerit lagi. “Mak kira sekarang. Satu,
dua, tiga . .”
“Mak
kejap mak! Mana boleh sepuluh je. Orang dekat Wangsa Maju ni. Nak balik Jinjang
jauh tu mak! Kira sampai seratus pun tak cukup!”
Tak
peduli, dia terus mengira. “Empat….empat suku..”
“Okay
mak! Okay mak! Orang balik!” Bingkas Ari bangun daripada duduknya. Selipar yang
dipengang tadi dibawa bersama segala beg dan bagasi yang ada. Kelam-kabut dia
keluar daripada restoran dan segera mendapatkan teksi. Mujur hidangan tadi dah
dibayar siap-siap. Kalau tidak, tak pasal-pasal orang fikir dia lari sebab tak
nak bayar pula.
“Cik!
Cik!”
Tanpa
sedar, Ari dah tertinggal kotak kasut beserta sebelah lagi selipar jepun di
dalamnya. Yang dipengang tadi hanya satu, dan satu lagi masih berada di dalam
kotak.
“Cik!
Tunggu.” Sekali lagi lelaki yang ternampak kotak kasut Ari menjerit memanggilnya
yang dah sekelip mata hilang dengan teksi yang baru saja ditahan. Lelaki itu
jadi buntu. Dibelek-belek dan ditelitinya seketika kotak kasut itu sebelum
kepala yang tak gatal digaru-garu. “Apa aku nak buat? Tak kan nak buang benda
ni?” Matanya tertangkap pada label yang terlekat di sebelah tepi kotak dan seraya
itu matanya automatik terbeliak. Nyaris tak bergolek keluar ke lantai je. “Wau!
Made In Korea!”
Ari
hanya berdiri tersengih-sengih di tepi meja makan yang penuh terhidang dengan
makanan yang agak mewah, enak belaka. Tak pernah terbayang pun yang Mak Gum
akan masak sebegitu banyak. Selalunya bawah tudung saji mereka mesti kosong,
tak ada lauk mahupun nasi. Habuk adalah! Buat sakit hati je. Dia diam sambil
mata sesekali merenung maknya yang dah mencekak pinggang di sebelah.
“Tengok
apa?!” Ringkas tanya Mak Gum yang masih geram dengan nada keras.
Ari
menapak mendekati dan lembut tangan mengurut belakang maknya. “Alah mak,
selalunya mak tak masak. Tu sebab lah Ari pergi makan dulu. Mak pun tak cakap
pun yang mak nak masak.”
“Macam
mana nak cakap! Nama pun surprise, mestilah rahsia. Lagipun, mak kau ni
kan kerja dekat rumah Puan Sri nun hah. Mestilah mak masak dekat sana.
Tak masak dekat rumah. Lagipun, kalau mak masak, kau bukan nak makan. Sibuk
jaga badan.”
“Alah,
itu dulu. Mak jangan marah eh mak. Kita makan sama-sama ye . .” Sedaya-upaya
dia cuba memujuk maknya yang satu itu. “Biar Ari makan banyak, mak makan sikit
je ye?” Sengaja dia cuba sedapkan hati Mak Gum. Walhal, perutnya dah naik senak,
dah penuh. Tengok ayam golek tu pun dah nak termuntah rasanya. Dah tak boleh
nak masuk!
“Mak,
jom selfie mak. Lama dah tak selfie dengan mak. Senyum . .”
Lama
ditenungnya selipar jepun bewarna merah jambu itu. Nampak macam selipar biasa,
tapi sebenarnya unik. Maklumlah, buatan Korea. Semuanya akan kelihatan lebih
comel dan feminin. Bulu-bulu yang ada terlekat pada selipar itu dicuitnya.
Lembut, macam kain baldu.
Dia
cuba mengingat kembali wajah si pemilik selipar itu, tapi gagal. Ingatannya
terlalu samar akibat keadaan yang kelam-kabut. Yang dia tahu dan pasti,
pemiliknya ialah wanita kerana rambutnya yang tersanggul tinggi di atas kepala.
Entah apa lah yang dikejarkan sangat sampai tergesa-gesa keluar sehingga boleh
tertinggal barang. Dah tu, tak menoleh lansung pula bila dipanggil.
“Sayangnya.
Mesti mahal selipar ni. Kesian dia.” Shahir dan bermonolog sendiri sambil
melabuhkan duduknya di birai katil. Cermin mata berbingkai hitam dan tebalnya
ditolak sedikit ke atas, menyelesakan kedudukannya di atas batang hidung. Tak
sah kalau cermin mata itu tak ada bersamanya. Boleh jadi macam orang buat pula
dia kerana dari kecil lagi, dia dah disahkan doktor kalau dia mengalami rabun
teruk. Kalau tak pakai cermin mata tersebut, memang tak nampak apa lah
jawabnya.
Dalam
ralik dia merenung selipar yang dah tinggal sebelah itu, tiba-tiba tergerak
hatinya untuk melihat ke jam yang terpaku di dinding sana. Jarum pendek
terletak pada angka 10 dan jarum panjang setia berada di angka 6. “Oh, dah
pukul 10:30. Masa untuk tidur.” Kelam-kabut dia menepuk-nepuk bantal dan
menarik comforter menyelubungi tubuh. Selipar yang dipengangnya dengan tangan
kiri tadi dicampak jauh entah ke mana. Segera kepalanya direbahkan ke bantal
empuk setelah habis membaca doa tidur. Dia mula lena dalam tidurnya yang lama.
Dah macam Sleeping Beauty pun ada! Tapi kali ini versi lelaki. Tanpa disedari,
selipar bewarna merah jambu itu dah jatuh terperosok ke celah meja yang berada
di sudut bilik akibat dilabung tanpa hala olehnya tadi.
“Mak!”
Kuat suara Ari menjerit dari dalam biliknya sehingga mengejutkan Mak Gum yang tengah
ralik menonton drama bersiri Korea melalui laptop milik Ari sendiri.
“Aigoo
aigoo.” Cewah. Tak semena-mena Mak Gum dah pandai cakap bahasa
Korea! Baru sekali dua tengok, belum feeling lagi. Kalau dah boleh feeling
ni, agaknya terus jadi fasih berbahasa Korea. Agak je lah. Al kisah, warga tua
ni susah sikit nak mengingat. “Why?” Tanyanya memekik. Budak yang satu
ni! Kalau tak memgejutkan orang, tak sah!
Ari
muncul di depan muka pintu biliknya sambil kepala disandar berat pada jejenang
pintu. Tangan memengang selipar jepunnya yang dah tinggal sebelah. “Mak . . . selipar
orang hilang. Dah tinggal sebelah je ni. She’s alone now.” Dah memandai
pula dia meletakkan status ‘she’ pada seliparnya. Macam lah boleh tahu
jantina.
“Lah,
selipar je pun. Esok pi la beli dekat kedai depan tu. Belambak aih!”
“Tak
nak. Ari nak selipar ni jugak. Orang beli kat Korea jauh sana tau. Uwaa . .”
Mak
Gum berpaling. Drama yang sedang ditontonnya dijedakan seketika. “Beli dekat
Korea? Hang dah tak balik sana dah kan? Ini last kan?”
Ari
membisu, tapi kepalanya mengangguk dengan muncung kekecewaan yang panjang.
“Aih,
yang cerles sangat tu kenapa?” Nak sebut ‘careless’ tapi dah jadi
lain pula bunyinya. Lawak. Broken English tak habis-habis.
Langkah
Ari diatur mendekati maknya yang duduk selesa di atas sofa. Dia turut duduk
tersandar seraya menghela nafas dalam. “Careless lah mak. Careless.”
Dia membetulkan sebutan maknya. “Mak lah suruh balik cepat tadi. Orang dah
tertinggal dekat restoran tadi agaknya. Sayang je. Bukan senang tau nak dapat.
Orang beli sebab nak buat kenangan bila balik sini. Tapi dah tinggal sebelah
pulak. Sedih lah mak..”.
“Habis
tu? What now?”
Ari
menjeling. “Habis tu apa. Nak buat macam mana lagi. Redha je lah. Sebelah pun
sebelah je lah. Mak yang suruh Ari cepat sangat tadi, terus tertinggal sebab
kelam-kabut.”
“Salah
mak lah ni? Mak lari rumah kang?”Balik diugutnya perkara yang sama. Dah
basi!
Ari
mencebik. “Ish, asyik nak lari je, tapi tak pernah lari pun.”
Mak
Gum menyenget mulut. Betul juga. Selama ini pun dia hanya mengugut, tapi tak
pernah buat betul-betul pun. Gila nak lari rumah! Nak duduk ceruk mana nanti? “Eleh,
esok pagi kalau Ari tengok mak dah tak ada dekat rumah ni, hah baru Ari
percaya. Mak nak lari jauh dari sini. Nak balik kampung!”
Ari
dah macam percaya tak percaya. Kadang-kadang maknya yang satu tu nekad juga orangnya
dengan keputusan diri. Buatnya dia betul-betul lari, dah jadi satu hal pula nak
mencarinya nanti. “Dah lah mak. Ari nak tidur dah.” Dia segera bangun daripada
duduknya. Sengaja dia cuba lari daripada terus melayan kerenah Mak Gum. Badannya
yang longlai dibawa perlahan-lahan dengan kaki yang mengeset lantai menuju ke
bilik.
Mak
Gum baru saja mahu menekan semula butang play pada laptop sebelum
otaknya teringatkan sesuatu. “Ari, sekejap. Meh duduk, mak nak beritahu something.”
Badan
yang berat berpusing balik, menurut perintah. “Apa mak?”
“Ari
lambat lagi kan nak kerja? Tak dapat mana-mana tawaran kerja lagi kan?”
Terkebil
–kebil matanya memandang muka Mak Gum yang dari terangguk-angguk, suruh setuju.
Jantungnya bagaikan terhenti, nafasnya bagai tersekat-sekat dan masa
seakan-akan berdetik lambat. Mak Gum merenung Ari. Ari merenung Mak Gum. Mereka
kaku, diam.
“Tak
nak!” Tiba-tiba Ari yang bagai baru tersedar daripada dipukau menjerit. Tangan
naik menutup telinga dan kaki dirapatkan ke dada. Dah macam budak kecil kena
dera. “And-wae! Shi-roh! (Tak boleh! Tak nak!)” Dah keluar dah bahasa
Korea nya. Pantang hilang kawalan, pasti bahasa Korea yang digunakannya.
Entahlah, dah terbiasa.
“Hah?
Apa yang kau merepek ni? Mak tak faham lah bahasa kau. Cakap betul-betul.”
Ari
cuba menarik nafas dalam. Dia cuba untuk menenangkan diri dan berbincang
baik-baik dengan maknya. “Mak, tak kan orang nak jadi maid macam mak
jugak. Lagipun, mak nak ke mana? Dah nak lari ke?”
“Ish!
Nak lari ke mana? Mak bukan apa. Mak dah tak larat lah nak bekerja. Ari lah
pulak ganti mak. Ari tak kasihan dekat mak ke?” Bibirnya mencebik, cuba meraih
simpati daripada anak dara tunggalnya.
Mulut
menyenget. “Kasihan, mak. Tapi, biarlah Ari cari kerja lain. Kalau mak dah tak
larat nak kerja dekat situ, mak berhenti je lah. Pandai-pandai lah dia orang
cari pengganti. Lagipun, mak ingat ini warisan ke hape? Dari dulu lagi
dah keluarga kita jadi orang gaji dekat rumah tu. Nenek, lepas tu turun dekat
mak. Lepas tu sekarang, mak nak suruh Ari sambung legasi mak? Dah tu nanti,
anak Ari pun nak kena jadi orang gaji walau belajar tinggi-tinggi? Adoi
mak ni . .”
“Tapi
Puan Sri cakap zaman sekarang ni susah nak cari orang gaji Melayu. Semuanya
orang asing. Dia tetap nak orang Melayu jugak. Lepas tu mak cadangkan lah Ari
untuk ganti tempat mak. Apa salahnya, kita jadikan keturunan kita ada sejarah
pekerjaan yang sama. Baru seragam. Right?”
“Mak
yang cakap? Mak yang cadangkan Ari?”
Mak
Gum sengih sambil mengigit jari. “Heh, mak terlepas cakap. Sorry sorry.”
“Haih
mak ni, orang tak setuju lagi. Dah tu, mama mengharaplah?”
Angguk,
dan kemudian mencebik lagi. “Boleh eh? Start minggu depan?”
Dia
bersandar ke belakang sofa. Kepalanya mendongak memandang syiling dan mula
berkira-kira. Memang dia kasihan dengan maknya yang tak sudah-sudah bekerja
semenjak dulu lagi. Tapi tak disangka pula dia perlu mewarisi pekerjaan maknya
jikalau dia ingin membalas budi. Lama dia begitu sebelum memandang semula muka
Mak Gum dengan kerut di kening. “Yelah. Tapi sementara je. Nanti bila
Ari dapat kerja, Ari tak nak kerja dekat situ dah. Pandai-pandai lah dia orang
cari orang lain. Lantak lah orang Indon ke, Filipina ke, orang Afrika
sekalipun, itu semua masalah dia orang, bukan Ari.”
Mak
Gum menghela nafas lega. Ada senyum lebar terukir si mulutnya dan hidung Ari
dicuit. “Hah, gitu lah. Thank you.”
“Welcome.”
Jawab Ari dengan malas dan kembali bersandar.
Keretanya
diparkir elok ke dalam ruang foyer rumah. Setelah dibawa keluar semua
fail-fail kerja dan briefcase nya, Trisha terus menuju ke arah pintu
hadapan sambil tangan sibuk meraba-raba kunci rumah di dalam beg tangan.
Perlahan tombol pintu dipulas dan ditolak. Kakinya melangkah masuk dan kembali
mengunci pintu. Baru saja kakinya mahu terus menapak mendaki tangga menuju ke
biliknya di atas, dia ditegur dari belakang.
“Where
have you been?” Rendah suara biasa-biasa itu menerjah gegendang telinganya.
Dia
berpusing dan senyum pada mamanya, Puan Sri Julia. “Ma, Trish dari office
lah. Ke mana lagi?”
Puan
Sri Julia mengusap lembut rambut anak sulungnya yang satu itu. “Jangan terlalu
keras bekerja. Kita ni manusia, bukan robot. We need rest.” Tutur
bahasanya berbunyi lembut, tapi suara dan nadanya tetap tegas. Begitulah dia,
bukan tak pernah, tapi jarang berlembut nada walau dengan anak kandung sendiri.
Ala-ala Iron Lady lah katakan.
“I
know ma. I’m just happy with my job. Trish suka uruskan syarikat tu.
Mama tak payah risau. I’ll take care of myself.”
“You’re
too workaholic. Trish kena ingat, Trish tu perempuan. Dah berusia 27 tahun.
Kena ada masa untuk diri sendiri. Jangan terlalu banyak habiskan masa dengan
kerja. Like now, dah pukul 11 malam. Orang lain dah balik tidur. But
Trish? baru balik kerja. Mama nak Trish slow down sikit.”
Trisha
hanya senyum. Dia tahu bahawa dia terlalu kuat bekerja dan menghabiskan hampir
tiga per empat harinya hanya dengan bekerja di syarikat milik arwah papanya
yang kini telah diserahkan kepada mamanya. Tapi itu yang dia suka. Itu yang dia
mahukan untuk hidupnya. Entah lah, tak tahu bila dia akan berubah. “Trish okay.
I’ll try ma. Trish naik dulu, nak rehat.”
Mamanya
mengangguk dan Trisha mula menapak naik. Begitulah dia, lansung tak reti untuk
duduk diam melainkan tidur. Yang dia tahu, sebaik saja celik mata di pagi hari,
pasti kerja yang diingatnya terlebih dahulu. Tak ada yang lain.
Puan
Sri Julia pula masih belum mahu masuk tidur. Perlahan minuman panas yang
dibawanya daripada dapur dihirup sedikit demi sedikit. Dia tak boleh tidur
selagi anak bongsunya, Lisha tak pulang ke rumah.
Lain
pula Lisha, tak sama seperti Trisha. Lisha sangat suka dengan apa yang
dibuatnya sekarang. Bukan dia suka bekerja di syarikat, tapi dia suka untuk keluar pagi dan balik
malam. Sangat suka bersosial. Dia sangka, umurnya yang dah mencecah 20 tahun
akan menjadi lampu hijau buatnya untuk keluar masuk rumah sesuka hati. Kononnya
dah besar dan boleh urus kehidupan sendiri.
Tergeleng-geleng
kepala Puan Sri Julia memikirkan anaknya yang satu itu pula. Kalau lah arwah
suaminya masih ada, pasti dia tidak mengalami kesukaran sebegitu dalam
membesarkan anak-anaknya. Air matanya mula menitis, rindu pada yang telah
pergi.