Tuesday, 14 April 2015

alonesbellog : ini dugaan namanya

Dukacita Dimaklumkan Bahawa Manuskrip CINTA KLISE karya ALONE Ditolak

Huaaaaaaaaaaaa
Baca tajuk pun dah rasa macam ditusuk sembilu.. Phewww anggap aje lah tak ada rezeki eventhought dah dekat seven months menunggu feedback.

Lahaii hati. Nak buat lagu mano? Redha aje lah. 

But no worries, ada lagi harapan hehehe
apa harapannya? eh, adalah. Biarlah saya saja dulu yang tahu. Bukan apa. takut duk cita-cita nanti, last-last nanti kecewa tahap menonggeng pula bila kena reject lagi! ahahaa

Takpa takpa. Pelan-pelan kan? InsyaAllah, ada rezeki tu kalau dah mencuba. Okehlah. Tak mau cerita sangat pasal tu, meh kita tengok apa komen dari pihak editor Karya Seni. Walaupun ianya satu kritikan, tapi ambillah untuk dijadikan panduan. Alhamdullilah, at least saya tau dekat mana salah manuskrip saya tuh yedok?!


Manuskrip yang dikemukakan oleh penulis ditolak kerana kurang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh syarikat kami. Hal ini disebabkan:

1. Terdapat kesalahan fakta dalam manuskrip ini. seperti hukum atau batas aurat antara bapa mertua dan menantu. Penulis mengatakan Lufa sentiasa memakai 
tudung ketika di rumah kerana batas aurat antaranya dengan bapa mertuanya. Harith pula hanya menjawab “ye la tu” dan tidak menafikan apa yang diperkatakan 
oleh Lufa.  Dari segi agama, apabila seseorang itu bernikah maka, menantu perempuan boleh bersentuh dengan bapa mertuanya. Jadi, bapa mertua adalah 
mahram. Maka, jika anaknya bercerai dengan menantu, menantu perempuan tersebut tidak boleh bernikah dengan bapa mertuanya. Menantu tersebut boleh 
bersalam dengan bapa mertuanya walaupun dia telah bercerai.

2. Selain itu, penulis terlalu menghuraikan sesetengah babak manakala babak yang patut dihuraikan tidak dihuraikan sebaik mungkin. Ini menyebabkan pembaca 
merasa keliru dengan penceritaan seterusnya kerana ketidakpekaan penulis dalam menghuraikan babak yang patut dihuraikan.

3. Penulis terlalu memfokuskan watak utama manakala watak sampingan bagaikan terumbang- ambing seperti watak bapa Lufa, dan ibu tiri Lufa. Watak keluarga 
Harith juga kurang ditonjolkan dalam manuskrip ini. Hal ini akan menyebabkan penulisan akan kelihatan hambar dan kurang menarik.



memang betul semua yang dikatakan. Saya dah check balik and memang banyak kesalahan. Well, yelah. dalam syok duk menari-nari jemari tu atas keyboard, lupalah pada cerita yang di atas. Then, cerita yg dkt bawah dah cakap lain pulak. Memanglah readers akan keliru kalau dah macam tu jadinya. (ahahhaa hanya aku saja yang faham novel aku wakaka)

Monday, 13 April 2015

Alonesbellog : Fad Bocey Dah Bernikah.

Assalamualaikum. hye.

terenggg terengg, terengg terengggg . . .  .
Uwaaaaaaaaaa ada hot news ni. Walaupun nak blh lebih berminggu berlalu, tapi saya baru tahu sekarang!!!!!! Argggh mengapa begini jadinya?!

Uolss tahu, Fad Bocey dah kahwin! Perg, hilang crush saya pada rap dia yang mahal tu. Sedih LOL! Rupanya dia dah berpunya. Baru cadang nak ngorat buat stok calon suami! wakakaaaa

Anyway, tahniah diucapkan. Dah namanya rezeki dan jodoh dia. Okeh, here the real news. Dari myartis.com. *okey, jeles tgk gmbr Fad with his wife!


Salah satu ahli kumpulan Bocey iaitu Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Bin Mohd Nizam, 24, telah selamat bergelar suami kepada Nur Syahirah A.Rahman, 21, dengan hanya sekali lafaz yang berlangsung semalam di kediaman pengantin perempuan di Jitra, Kedah. 

Apa yang menarik, majlis pertunangan mereka juga turut diadakan di tempat yang sama. 

Tahniah diucapkan! 

Klik gambar untuk size besar
 

Sesuai sangat (sobss sobss)

 

 

 
gemuk is awesome id there .  hahaa badan besar pun ada harga okeh! (kata hikat utk diri sendiri heee)
 

 

 
Alahai solehnya
 

 
yang ni tak blh tahan nih! Sweett gilaaa. #jelous tahap nak terjun katil
 

 

 
anyway, photographer dia mmg kreatif buat gmbr lagu ni. 
 
dah kenapa celah-celah longkang?!
 

 
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 

 
siyus dia lawaaaaaaa
 
okay, fad beruntung :')
Majlis Tunang Fad & Syahirah
 
and inai dia pun lawaaa. Tapi kalau dpt dkt tngn I, meeeemangggg mcm kelin jadinya hahaha


 
ni masa engaged mungkin
 


Read more: http://www.myartis.com/2015/03/25-gambar-sekitar-majlis-tunang-majlis.html#ixzz3XCS7wLMM

alonesbellog : Cinta Klise Bab 3 dan 4

Assalamualaikum, hye.

macam mana dengan bab 1 and bab 2? Pendek kan? itulaaaaaa.
masa tu mmg tak ada idea pun tapi semangat di dada ni berkobak-kobak nak mula menulis. cenggitu lah jadinya hahaha. Sorry lah kalau bosan and waste ur time aje duk baca penulisan amatur *hurmm sedih
tapi tak apa, because what? Because saya dah ada second novel yang blh dikatakan, agak mature dah gaya penulisannya. But sorry, saya tak blh dedahkan lagi about the sencond novel because still lagi dlm penilaian penerbit. So, tak nak lah spoil dulu, kan kan?
Anyway, hres the third and the fort chapter. stiill, tak berapa bagus lagi tapiiiiii BOLELAAAAAAA. heeee


BAB 3
“Assalamualaikum. Maya, awak ada jumpa beg dompet saya? Saya rasa saya tertinggal di sini                       tadi.” Sesampainya Lufa di butik dia terus mencari beg dompetnya. Dia tidak mahu berlengah-lengah untuk membayar ganti rugi kepada Harith. “Tak perlu seminggu, sekarang juga aku boleh bayar !” Getus hati Lufa yang rasa menyampah terhadap kata-kata Harith.
“Ermm..Tak tahu lah. Tapi saya tak jumpa apa-apa dompet pun. Mungkin Cik Lufa terletak kat tempat lain. Sumpah saya tak jumpa. Cik Lufa jangan kata saya yang ambil ye. Saya ni jujur orangnya. Dah dua tahun saya bekerja dekat sini, tak kan Cik Lufa tak percayakan saya? Cik Lufa tak tuduh saya kan?”
“Ishh..Awak ni Maya. Saya tak cakap pun awak yang ambil. Merepek banyak la awak ni. Dah pergi buat kerja.” Pening kepala Lufa melayan perangai gila gila Maya .Dia mengambil Maya bekerja dengannya semenjak Maya berusia  18 tahun. Maya kini bekerja sambil menyambung pengajiannya dalam bidang fesyen. Lufa telah memberikan sepenuh kepercayaannya terhadap Maya dalam menjaga dan menguruskan butiknya. Bagi Lufa cukuplah Maya seorang yang bekerja di butiknya. Sikap Maya yang periang, ramah dan banyak mulut dah cukup membuatkan pelanggan tidak jemu untuk mengunjungi butiknya. “Tak apalah Maya. Mungkin saya tertinggal dekat restroom masa saya solat tadi. Saya pergi tengok ya.” Dia menuju ke arah belakang butik. Sambil memengang tombol pintu, dia berdoa agar beg dompetnya benar-benar berada di dalam. Lufa memejamkan mata, menolak pintu perlahan-lahan dan melangkah masuk.
“Fuhh..Nasib baik ada dekat sini. Hai beg dompet, kau ni memang lah. Kalaulah aku pergi makan ke tadi  siapa nak bayar? Tak ke malu aku nanti?” Lufa membelek-belek beg dompetnya. Kebetulan dia baru mengeluarkan duit dari bank sebanyak RM5000 dengan tujuan untuk membuat pembayaran terhadap butiknya dan membeli sedikit barang peribadi. Maklumlah, baginya kalau hendak membeli-belah, biar banyak-banyak. Lagipun dia bukan selalu keluar membeli-belah. “Sekarang lepas bayar duir butik, tinggal RM2000. Ishh ..Aku ingatkan nak boros hari ni. Dah kena bayar mamat Harith ni pula. Tak cukup ni. Kena pergi ambil lagi. Ayoyo! Pokai aku!”
“Maya, saya dah jumpa beg dompet ni. Saya nak keluar. Awak jaga butik ya. Jangan tidur pula eh ..Awak dah makan? Nak saya belikan makanan?” Sudah menjadi kewajipan Lufa untuk menjaga kebajikan pekerja tunggalnya  itu. Lagipun dia memahami keadaan Maya sebagai seorang pelajar. Tentu dia perlu menampung  belanja makan minumnya sendiri. Jadi apalah salahnya jika sesekali dia yang meringankan beban Maya dengan belanja Maya makan dan minum.
“Belum lah Cik Lufa. Lapar ni.” Maya menjawab dengan mimik muka sambil mengosok perutnya.
“Okay, Nanti saya balik. Saya pergi dulu.”
 Lufa menolak pintu butik. Beg dompetnya masih belum disimpan ke dalam beg tangannya. Malang  tak berbau. Gelagat Lufa yang membelek-belek duitnya diperhati oleh seorang lelaki yang berdiri tidak jauh darinya. Dia  dah berasa tidak sedap hati. Seperti sesuatu buruk akan berlaku terhadapnya, lebih buruk berbanding insiden dia terlanggar kereta mewah Harith. Cepat-cepat dia memasukkan beg dompetnya kedalam beg tangan.
“Arghh..tolong !!” Lufa menjerit meminta tolong apabila beg tangannya direntap oleh lelaki yang memerhatinya dari jauh tadi. Lelaki itu bertindak berani dengan meragut apabila dia melihat duit Lufa yang berkepuk-kepuk dalam beg dompetnya. Lufa pula putih mata melihat lelaki itu berlari laju dengan beg tangannya. Segala dokumen dan  kad pengenalan diri turut dibawa pergi oleh lelaki itu. Tiada siapa yang datang membantu. Kebetulan pula tiba-tiba kawasan butiknya sunyi dan tiada orang yang lalu. Dia menerkup muka dan terduduk. Dia begitu terkejut dan terkedu. Fikirannya sekali lagi terhenti daripada berfungsi.
Maya yang berada di dalam butik tidak dapat mendengar jeritan Lufa. Apabila dia ingin ke hadapan butik, dia melihat Lufa terduduk di atas lantai di luar butik. “Apehal Cik Lufa ni? Tadi kata nak keluar.  Apehal duduk dekat situ pula?” Dia menolak pintu dan hairan melihat keadaan Lufa sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. “Cik Lufa, Cik Lufa buat apa ni? kenapa duduk dekat sini. Panas lah. Jom duduk dalam. Kan ada kerusi?”
Lufa mengangkat muka. “Maya..Saya kena ragut. Habis semua duit dan barang peribadi saya kena ambil.” Air matanya menitis, hatinya sakit dan bingung.
“Ya Allah Cik Lufa. Kenapa Cik Lufa tak jerit. Kenapa tak minta tolong orang ramai? Saya,  kenapa tak minta tolong pada saya. Kalau saya dapat manusia tak guna tu siaplah saya kerjakan !!” Maya menjadi geram. “hah! Orang ramai lalu ni kenapa tak minta tolong pada mereka?”
Dengan tiba-tiba ramai pula orang yang lalu-lalang di sekitar kawasan butik. Seperti mereka semua merancang untuk tidak lalu di sini semasa kejadian.
“Tak mengapalah Maya. Benda dah nak jadi. Tolong bawa saya masuk.” Lufa menjadi  sugul dan tak mampu untuk berkata-kata. Nasi sudah menjadi bubur. Peragut itupun dah lari jauh entah ke mana. “Nanti awak teman saya buat laporan polis ya?  Kemudian saya nak batalkan semua kad bank dan kad pengenalan saya. Takut nanti peragut tu guna identiti saya pula.”
“Baiklah Cik Lufa. Saya akan tolong. Cik Lufa rehat dulu ya. Tenangkan fikiran. Nanti saya buatkan air.” Maya berasa kasihan melihat keadaan Lufa yang begitu kecewa. “nanti kau peragut!”




BAB 4
“Maya, cepat sikit tutup kedai ni. Nanti kalau terlambat, habis hangus semua duit saya dikaut si peragut tu. Cepat !.” Lufa dan Maya ingin bergegas ke bank bagi menyekat semua simpanannya sebelum si peragut tadi cuba menggunakan kad kredit dan kad banknya. Walaupun kebanyakkan peragut hanya mengambil wang tunai yang terdapat dalam hasil ragutannya, Lufa tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian yang lebih buruk lagi. Cukuplah hari yang malang itu berakhir seiring dengan tenggelamnya matahari pada hari itu. Dia tidak mahu menghadapi sebarang masalah berkaitan perkara ini lagi.
“Okey jom Cik Lufa.” Maya  segera mengunci pintu pagar butik dan menuju ke arah kereta Lufa.
“Lekas, nanti bank tutup.” Lufa menguatkan semangatnya semula dan melupakan kejadian mengejutkan itu. Memang mudah bagi Lufa untuk melupakan sesuatu yang baginya tidak perlu untuk diingat dan difikirkan. Sifatnya itu menjadikan dia seorang yang lebih cenderung untuk memikirkan masa depan berbanding masa lepas. Sebab itulah dia sentiasa berfikiran positif dan mudah untuk menyelesaikan masalah.
 Kereta Lufa meluncur laju menuju ke bank berdekatan. Setelah selesai urunsannya di bank dan mengeluarkan RM 3000 buat melangsaikan hutangnya pada Harith, dia segera menghantar Maya pulang ke rumah.
“Cik Lufa jangan stress ya! Semuanya dah okey. Mamat peragut tu tak ambil apa-apa pun. Cik Lufa rehat ya!” Pesan Maya kepada Lufa sebelum turun dari kereta. Hubungan mereka ibarat adik-beradik. Mereka sungguh rapat dan sering berkongsi rahsia sesama sendiri.
Yelah Maya. Saya tak stress pun. Saya easy going kan? Awak jangan risau lah. Okay bye .”
Lufa menukar gear kereta dan bersedia untuk menekan pedal minyak. Tiba-tiba matanya tertangkap pada sekeping kad di atas dashboard. Kad yang diberi Harith. “Baik aku bayar sekarang. Kalau aku lengah-lengahkan nanti entah apa pula yang terjadi pada aku. Ishh..malas betul aku nak jumpa mamat tiga suku ni!” Dia segera menelefon nombor yang tertera di atas kad tersebut. Panggilan pertamanya tidak berjawab. Dia mencuba lagi, pun tidak berjawab. “Ishh..mamat ni! Macam tak nak duit je. Ni last aku call. Kalau tak berjawab jugak nasib kau lah. Tak kuasa aku nak bersusah-Payah sebab kau. Bukannya dia tak boleh nak hantar bengkel kalau aku tak bayar ganti pun. Anak tan sri lah katakan. Okey ni last!” laju jarinya mendail dan  mencuba buat kali terakhir. Panggilannya berjawab.
Hello. Hah! Hidup lagi. Ni saya nak bayar ganti rugi kereta awak ni.”
Apehal kau ni? Aku tengah dalam meeting tahu tak?” Tumpuan Harith terhadap perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat terganggu dengan panggilan dari Lufa. Dia terpaksa mempercepatkan pembentangan laporannya dan segera keluar dari bilik mensyuarat untuk menerima panggilan telefonnya. “Kalau aku tak dapat tender ni kau la punya pasal.”  Dia dah naik geram. Nadanya juga begitu.
“Heh. Sorry.  Saya nak bayar ganti rugi kereta awak tu . Awak nak jumpa saya dekat mana? Saya nak settle kan hari ni jugak” Lufa menahan amarahnya. Bukannya dia terhegeh-hegeh untuk bertemu Harith tapi dia tetap mahu untuk menyelesaikan semuanya dengan segera. Dia tidak mahu menangguh urusan yang melibatkan duit.
“Nanti-nanti lah. Aku bukan sengkek macam kau. Kan aku dah bagi kau seminggu. Simpan la duit kau tu.” Tanpa menunggu kata akhir daripada Lufa, dia terus mematikan talian dengan selamba.
Hello? Hello?” Lufa dah jadi panas hati dengan sikap Harith yang kurang ajar dengan mematikan talian sebelum dia sempat membuat apa-apa keputusan “Ishh ..lantak pi hang la. Aku  tak heran pun. Menyampah betul la!” Dia merungut dalam longhat  Penang. Maklumlah, ibunya berasal dari Pulau Pinang dan dia pernah tinggal dengan nenek sebelah ibunya di sana selama 2 tahun. Dia sering terbawa-bawa longhat tersebut apabila berasa marah dan geram. Itulah sebabnya kadang-kadang rakan-rakannya ketawa terbahak-bahak apabila mendengar dia berleter.
Lufa tidak terus pulang ke rumahnya. Dia singgah di sebuah pasaraya mini berdekatan kawasan perumahan Maya untuk membeli beberapa barang. Agak lama dia berada di dalam pasaraya tersebut sehinggakan dia tidak sedar bahawa hari sedang beransur malam.
Hari semakin gelap. Langit menjadi mendung walaupun jam baru menunjukkan pukul  7.23 petang. Mungkin Bandar Johor Bahru pada petang hari itu akan disirami dengan hujan lebat. “Aku kena cepat ni. Hujan lebat nanti susah aku. Seram!” Dia memang takut untuk memandu dalam keadaan hujan lebat. Semuanya bermula dengan tragedi kemalangan arwah rakan kolejnya dulu. Dia masih ingat ketika itu hujan lebat turun di sekitar kawasan perumahan tempat rumah yang disewa bersama rakannya itu. Hujan sangat lebat dan hari sangat gelap.
…….
Hello, Sha awak dekat mana ni? Hari nak hujan ni. Awak balik la cepat. Saya risau lah.” Lufa menelefon rakannya yang keluar dari pagi dan masih tidak pulang menjelang petang. Hatinya rasa tidak enak dan merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Dia tidak tahu apa maknanya perasaan itu tapi dia segera bertindak dengan memastikan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Dia tidak mahu memikirkan perkara yang bukan-bukan yang akhirnya akan menakutkan diri sendiri.
“Saya on the way nak balik  ni. Saya dah masuk kawasan perumahan dah ni. Kenapa? Ada apa-apa masalah dekat rumah ke?” Shakirah Amira atau dipanggil dengan nama Sha oleh rakan baiknya  berasa hairan dengan suara Lufa yang terketar-ketar dan penuh dengan kerisauan.
“Cepatlah balik. Saya tak sedap hati. Hari pun dah hujan ni. Saya rasa hujan lebat lah.”
“Iyalah. Awak tunggu saya dekat rumah ya.”
Lufa berasa sedikit lega apabila Shakira hampir sampai ke rumah mereka. Tetapi rasa leganya hanya bertahan sementara sahaja. Sudah lebih 30 minit dia menunggu tetapi kelibat Shakira masih belum kelihatan. Masa berlalu dan hampir satu jam dia menunggu.
Kringg!!kring!!
“Hah. Itu mesti Sha.” Kerisauan Lufa  dah berkurangan. “Hello, Sha. Awak dah sampai ke? Lamanya awak nak sampai rumah. Awak tipu saya eh?” Tetapi Lufa hairan. Suara yang menjawab panggilan daripada Shakira lain dan garau. Yang pasti itu bukan suara Shakira.
“Minta maaf cik. Boleh saya tahu cik ni siapa kepada cik Shakira Amira Binti Roslan?”
“Saya rakan serumah dia. Encik ni siapa? Kawan saya Sha mana?”Suara  Lufa dah bertukar serak. Hatinya berdebar-debar .
“Saya Koperal Amir dari balai polis Bukit Angsana. Rakan serumah cik iaitu cik Shakira Amira telah terlibat dalam kemalangan bersama sebuah lagi kereta.”
“Ya Allah! Tak mungkin! Apa yang terjadi padanya? Dia selamatkan? Di mana tempatnya?” Air mata Lufa berjurai dengan laju membasahi pipi. Segala tanggapannya benar. Firasat hatinya tidak berbohong.
“Saya minta maaf. Rakan cik tidak dapat diselamatkan. Dia telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Besar Bukit Angsana. Diharapkan cik dapat datang dan membuat pengenalpasti mayat.”
Lufa tak mampu untuk berdiri. Dia terduduk di atas lantai. Telefonnya terlepas dari gengaman. Namun, dia perlu menguatkan semangat. Dia segera mencapai kunci kereta dan keluar memandu dalam keadaan hujan yang sangat sangat lebat. Bagaikan taufan gayanya hujan ketika itu. Ketika dalam perjalanannya ke hospital, Lufa dapat melihat kereta milik Shakira yang tersadai dalam keadaan remuk di bahagian pemandu.Hatinya juga remuk. Mulut segera diterkup bagi menahan tangis yang kuat.
Lufa tiba di hospital ketika Shakira dibawa masuk ke bilik mayat  dan telah selesai dibedah siasat. Tergesa-gesa dia berlari ke sana ke sini bagi mencari bilik mayat yang terletak agak jauh ke dalam bahagian hospital. Bajunya basah kuyup akibat berlari dalam hujan lebat. Tiba di pintu bilik mayat, dia sekali lagi terduduk dan menangis. Pihak polis cuba menenangkannya dan memapahnya untuk membuat pengenalpastian mayat.
“Cik, betulkah ini cik Shakira Amira?” Soal seorang polis wanita yang bertugas dalam kes kemalangan Shakira.
Dalam teresak-esak Lufa menjawab. “Ya. Dia rakan serumah saya. Bagaimana dia kemalangan?”
“Berdasarkan bedah siasat,cik Shakira meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala. Keretanya dirempuh oleh kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Hujan lebat juga menjadi punca kemalangan memandangkan jarak penglihatan yang kabur dan terhad.” Terang polis wanita tersebut kepada Lufa dengan lembut dan jelas.
“Ya. Terima kasih.” Lufa menghampiri mayat Shakira yang terbujur kaku. “Sha ..kenapa awak degil? Saya dah beritahu awak untuk berhati-hati. Kenapa Sha? Kenapa?” Digenggamnya erat tangan Shakira yang sejuk dan pucat. “Sampai hati awak tinggalkan saya! Kita dah janji untuk konvo bersama-sama kan? Kenapa awak tak mahu bersama saya? Kenapa awak pergi dulu?…”
Suara teresak-esak Lufa mejadikan suasana sepi dan syahdu. Pihak polis meminta diri untuk beredar dan memintanya untuk menghubungi ahli keluarga Shakira bagi memaklumkan tentang kematiannya. Mendengarkan permintaan itu, Lufa menjadi buntu.

Dalam nada yang sebak dan halus, Lufa berbisik kepada Shakira.“ Sha..bagaimana saya nak beritahu keluarga awak tentang kematian awak?...sedangkan awak membesar di rumah anak yatim dan hidup sebatang kara? Maafkan saya Shakira. Selamat tinggal.”   

Sunday, 12 April 2015

Alonesbellog : Cinta Klise bab 1 dan 2

Assalamualaikum . . here we are again. Okay, this time, saya nak sertakan bab satu Cinta Klise aa i'm promised to. Hopefully, u guys enjoy. And, sekali lagi diingatkan, please jgjn kritik yg pedas-pedas * takut ehhee* sebab this manuskrip mmg ntah apa-apa pape *i admit it! Well, ini the first one okay. Seorg budak yg tak suka baca novel and geli dgn kisah cinta tetiba jadi novelis, tulis cerita cinta pulak tu!. So, tahu tahu je lah apa benda jadinya pada novel tu. That why saya harap readers semua tak komen mcm saya ni dah berbakat benar kayaknya Kak Azura, Acik Lana and othersssssss *denggung indon sikit* just an amatur, remember that.

Okeh, should we start?
*At first rasa nak post bab 1 aje, tapi rasa mcm pendek sngt. So, bonus, ada bab 2 sekali heeeee


PROLOG
Memandu  dalam  separa  sedar. Bukannya  mabuk  bukannya  sakit  tapi  Lufa  bagai  berada  dalam  dunia  khayalannya  sendiri. Seketika  tersedar, tidak  lama  kemudian  lamunannya  kembali. Bukannya  dia  tidak  mahu  untuk  menumpukan  perhatian  terhadap  pemanduannya   tetapi  lamunannya  tidak  mahu  hilang  walau  diusir  acap  kali.
Akal  fikirannya  tidak  sehaluan  dengan  hati. Lufa  tidak  mahu  menyandang  gelaran  anak  derhaka,  yang  tidak  mahu  taat  kepada  suruhan  ibubapa. Tetapi  dia  juga  tidak  mahu  menjadi  janda  pada  usianya  yang  masih  muda. Bukannya  dia  telah  berkahwin  dan  dipaksa  berpisah  tetapi  dia  dipaksa  berkahwin  dengan  lelaki  pilihan  hati  ibunya  pada  usia  22  tahun! Bergelar  pengusaha  butik  yang  bercita   tinggi,  dia  tidak  mahu  dan  masih  tidak  bersedia  untuk  menamatkan  kebebasannya  dengan  berkahwin  dan  membina  sebuah  keluarga  besama  jejaka  yang  sehingga  sekarang  dia  tidak  pernah  temui. Entah  kacak  ke  tidak?  kaya?  berpendidikan?  dan  yang  paling  penting  sudah  cukupkah  imannya  untuk  menjadi  ketua  keluarga  dan  membimbing  anak  isteri  ke  arah  yang  betul  dan  diredhai  Allah?  Bagaimana  kalau  pilihan  hati  ibunya  itu  seorang  samseng?  bersifat ganas?  Tiada  kasih  sayang  dan  goyah  imannya?  Bagaimana  pula  jika  nanti  dia  diceraikan  dengan  sewenang-wenangnya?
 Status janda amat buruk bagi gadis seusianya. Kacak dan kekayaan itu sudah tentu hal nombor dua. Lufa bukannya mencari kebahagiaan dengan dilimpahi kekayaan dan kemewahan. Dia cuma mahu setiap kriteria dan ciri ciri lelaki idamannya dimiliki oleh pasangan hidupnya kelak. Paling tidak dia mahu lelaki yang penyayang, berani dan dapat melindungi dirinya sebagai seorang wanita.
Aduh! Payah  sungguh untuk  membuat  pilihan.  Mahu  saja  Lufa  lari  daripada  masalahnya  dan  bersembunyi  di  suatu  cerok  agar  tidak  ditemui  oleh  sesiapa  terutama  ibunya. Tapi,  kalau  sudah  namanya  ‘anak  mak’,  tak  mungkin  boleh  berjauhan  dengan  ibu.  Paling  jauh pun  apabila  Lufa  membuat  keputusan  untuk  mengikut  bapa  saudara  yang  digelarnya  sebagai  Pak  Cik  Hud   melancong  ke  Pulau  Perhentian  pada  usia  15  tahun.  Bukannya  lama, cuma dua hari .Itupun menginap di sana selama satu malam dan pulang pada awal pagi keesokkannya. Apabila tiba di sana,rasa teruja hanya sementara. Rindu mula bertabuh terhadap ibu. Sudah jadi satu masalah pula buat Pak cik Hud apabila terpaksa memujuk Lufa yang dah menangis sepanjang malam.
Hah! Begitu keadaannya, masih lagi memasang niat untuk lari? Ah, tak mungkin! Tapi adakah itu bermaksud dia perlu menerima dan bersetuju dengan perancangan ibunya? Sudahlah! Malas rasanya untuk memikirkan perihal itu. Pokok pangkalnya dia akan membuat keputusan sendiri mengikut keadaan dan waktu yang sesuai nanti.




BAB 1
Baru saja Lufa berjaya mengusir lamunannya jauh-jauh, telefon bimbitnya mula berdering. Nada deringnya cukup menenangkan halwa pendegaran. Runut bunyi dari lagu Korea nyayian kumpulan K-pop terkenal Infinite menjadi kesukaannya. Maklumlah remaja zaman sekarang, sedang gila dilambung gelombang Korea. Daripada drama, filem, artis pujaan dan lagu dan malah makanan pun semuanya berkaitan dengan negara yang berjaya menakluki dunia dengan industri hiburannya  itu. Masakan tidak, semua artisnya berwajah cantik menawan dan kacak bergaya. Bagi Lufa, kumpulan penyayi yang paling disayangi dan disukai ialah Infinite. Setiap lagu mereka telahpun menjadi koleksinya.
Lufa mencari dan cuba mengingat kembali di mana letaknya telefon bimbit bewarna birunya. Hanya bunyi yang kedengaran tetapi tidak dapat ditemui kedudukannya. Beg tangan yang diletakkan di sebelah cuba diraba-raba. Hah itupun! Baru saja mahu ditekan butang angkat, panggilan tersebut dah terhenti. Tanpa mempedulikan si pemanggil, dia kembali mencampakkan telefonnya ke kerusi.
Sekali lagi telefonnya berdering. Alahai! Terjatuh pula. Satu hal lagi untuk mengambil kembali telefon yang masih berdering itu yang dah terjatuh ke bawah. Walaupun menyedari bahaya jika dia tunduk ke bawah sambil memandu, dia tetap perlu menerima panggilan telefon tersebut. Mana tahu mungkin terdapat hal yang penting untuk diberitahu.
Dalam kepayahan meraba-raba bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan, nah! Ini akibatnya. Bangg! Lufa terlanggar sebuah kereta BMW yang berada di hadapannya apabila berhenti di lampu isyarat yang masih berwarna merah. Bukannya dia tidak tahu bahawa terdapat lampu isyarat di hadapan. Dia telahpun memerlahankan pemanduannya. Tetapi fokusnya lebih kepada telefonnya yang terjatuh ke bawah.




BAB 2
Alahai! Apalah nasib. Kalau kereta Kancil yang dihentam tidak mengapalah. Inikan, kereta mewah! Pokai! Pokai! Mengenangkan pendapatannya yang tidak seberapa Lufa mula memikirkan berapa pula bayaran ganti rugi yang bakal diminta oleh pemandu kereta mewah itu.
Sedang dia berkira-kira, pemandu kereta tersebut keluar. Lagak gayanya sungguh berkeyakinan. Tinggi lampai, berpakaian kemas dan berkaca mata hitam lagi! Usianya pula mungkin dalam lingkungan 25 tahun. Lelaki. Ya! Lelaki. Getus Lufa, jika wanita yang menjadi pemandunya, bolehlah dia berkompromi dan meminta maaf dengan mudah sedikit. Ini lelaki. Sudah tentu keras kepalanya, kasar lagaknya dan susah untuk dibawa berbincang. Kaki dah keras seperti fikirannya. Dia tidak mampu untuk berfikir dan keluar daripada keretanya. Mengigil kakinya. Perlahan-lahan dia  menarik dan menghembus nafas beberapa kali. Setelah berjaya mengumpul kekuatan yang difikir mampu untuk menampung rasa takutnya buat seketika, lambat-lambat dia membuka pintu keretanya. Kaki dijejakkan ke tanah. Lagi sekali dia menarik dan meghembuskan nafas.
Lelaki itu kelihatan marah. Dia menuju dengan melulu ke arah Lufa yang terpacak di tepi Myvi kunignya. Lufa menerkup muka dengan pantas. Fikirnya lelaki itu mahu menamparnya. Memikirkan kuasa dan tenaga lelaki, pasti bengkak pipinya jika ditampar.
 Lelaki itu kehairanan melihat keadaan Lufa yang berdiri di sebelah kereta sambil menerkup muka. Hah! Rasa amarahnya terasa bagai hilang melihat perwatakan Lufa. Dalam hatinya tersenyum tetapi wajahnya masih masam. Dia berdiri betul betul di hadapan mata Lufa. Agak lama mereka mengambil masa untuk bersemuka. Lampu isyarat pun dah bertukar beberapa kali. Maklumlah, kawasan tersebut memang jarang digunakan oleh pengguna lain. Sememangnya kawasan itu sunyi dan lengang. Itu membuatkan Lufa lebih takut. Buatnya lelaki itu menculik dan membawanya lari, sudah pasti tiada siapa yang tahu.
Lufa mencuba untuk melihat wajah lelaki itu. Dia mengintai-intai di celah celah jarinya. Masih takut untuk membuka tutupan pada mukanya, dengan lembut dia cuba untuk meminta maaf.
”Encik..saya minta maaf ya. Saya tak sengaja.”
Nada Lufa tegetar-getar membuatkan lelaki itu mahu tergelak. Tapi dipalingkan mukanya ke lain. Dia masih lagi mahu mengekalkan wajah bengis dan egonya. Dia membuka kaca mata hitamnya dan mengjerkah Lufa.”Engkau ni bawa kereta pakai mata ke pakai lutut? Tak faham bahasa ke lampu dah merah? Asal kau tak berhenti! Ni  macam mana ni? Kau nak bayar ganti rugi? Ehh kalau aku tengok kau ni la kan, aku rasa gaji sepuluh bulan kau pun tak mampu nak bayar aku.”
“Eleh mamat ni. Ayat cliche sangat lah pulak. Ingat aku ni sengkek sangat ke? Lagipun bukannya besar sangat rosaknya pun.”            Lufa dah panas hati. Laju je mulutnya membidas apabila mendengar kata-kata lelaki itu dan tak semena-mena pula dia menjadi berani untuk melepaskan tangan daripada terus menutup muka.
What?” Lelaki itu dah meninggikan lagi suaranya.
Whatever lah. Encik…eh apa nama?” Lufa dah dapat sedikit keberanian  melalui rasa geramnya.Selamba, lansung tak memandang wajah lelaki itu.
Dengan lagak ego yang tinggi lelaki itu menjawab. Mukanya dipalingkan ke lain tanda menyampah. “Nama aku Harith Azmi. Anak tunggal  Tan Sri Zulkifli.”
“Hah  Encik Harith, kereta mewah encik ni calar sikit je. Bukannya sampai remuk hilang sebelah kereta terus kan? Saya mampu la bayar ganti. Hah cakap. Cakaplah nak berapa banyak?”
“Aku nak lima ribu!” Minta lelaki itu.
“Eh eh..Sengal betul la mamat ni! Eh Encik Harith, Ingat saya ni perempuan saya tak tahu benda-benda macam  ni? Workshop kereta dah jadi tempat saya main masak-masak la masa kecil-kecil dulu. Setakat calar seciput macam ni tiga ribu pun boleh settle!” Lufa masih ingat apabila dia selalu bermain bersama sahabat karibnya, Anis di bengkel kereta. Mana tidaknya, bapa Anis merupakan pemilik sebuah bengkel di kampung. Oleh itu, dia tahu sedikit sebanyak tentang perihal bengkel.  “Nampak kaya tapi nak tipu duit orang! ceitt!” Perasaan menyampahnya dah membuak-buak.
.”Hah ! Nak sangat duit kan? Tunggu !” Lufa kembali ke keretanya dan meraba-raba beg tangan. Dari tadi dia mencuba untuk megesan beg duitnya tetapi masih tidak ditemui. “Alamak! Mana ni? Macam mana aku nak bayar mamat ni?” Dia cuba untuk mengingat kembali di mana dia meletakkan beg dompetnya. Tadi, sebelum keluar menaiki kereta, dia sempat singgah di butiknya untuk menghantar berapa dokumen dan membuat pembayaran ambilan. Mungkin dia tertinggal beg dompetnya di meja hadapan butik! ”Aishh..Naiya lah aku macam ni. Apa aku nak cakap? Nanti dia ingat aku nak mengelat pula.” Merah padam mukanya. Dia menahan malu sambil kaki lambat-labat menghampiri Harith.
“Saya bukan tak nak bayar ..Tapi..”
“Hah! Apa? Tak ada duit ke? Aku dah cakap yang orang macam kau ni memang  tak mampu nak bayar walau sepuluh ringgit pun!” Harith kelihatan puas melihat reaksi Lufa yang tersipu-sipu menahan marah yang bercampur  malu akibat kata-kata tinggi menggunungnya tadi.
“Alah..Encik Harith..Beg dompet saya tertinggal di tempat kerja. Err ..Nanti saya bayar. Saya janji. Betul.” Lufa cuba untuk menyakinkan Harith. ”Tapi macam mana? Aku bukan kenal pun mamat ni. Macam mana nak berjumpa lagi?” Dia dah bermonolog sendirian.
“Ehh. Dah lah. Aku dah lambat ni. Aku banyak hal tahu tak.”
Lufa fikir bahawa Harith akan membiarkan perihal itu berlalu sahaja. Dia dah berkira-kira untuk segera beredar dari situ dan melupakan peristiwa malangnya.  “Ohh ..Terima kasih Encik Harith Azmi anak tunggal Tan Sri Zulkifli. Saya balik dulu ya….Assalamualaikum.”  Cepat-cepat dia  berpaling dan mempercepatkan langkahnya ke arah pintu kereta.
“Eh eh… Minah, kau ingat hal ni dah selesai? Meh sini!!”
“Ish..Kurang asam betul la mamat ni! Lepaslah!”  Lufa dah merengus. Mana tidaknya, Harith  dah menarik-narik hujung tudung belakang yang dipakainya sehinggakan dia turut tertarik ke belakang. Dia memegang tudungnya agar tidak tertanggal.  “mak!!”  Mulut dah menjerit menyebabkan Harith segera melepaskan tudungnya.
“Hah! Panggillah mak kau. Mana? Mana? Tak ada pun.” Harith mengejek.
“Eiii..awak nak apa lagi ?”
“Kau tanya aku nak apa lagi? Aku nak kau bayar aku lah. Kau ingat aku akan biarkan kau macam tu  je. No way la.” Harith memikirkan sesuatu. Hatinya terasa lain melihatkan gelagat Lufa yang sedang membetulkan kembali tudungnya dalam keadaan marah. Dia segera mengelak daripada terus memikirkan perasaan itu. Lufa mempunyai cirri-ciri gadis yang mampu memikat hatinya. Dia ternyata lebih tertarik dengan gadis yang berpewatakan ganas tetapi sebenarnya terdapat kelembutan dalam diri. “Nah. Ambil ni.” Dia memasukkan tangan ke dalam  poket seluar slack berjenamanya dan menghulurkan sekeping kad kepada Lufa. Kad tersebut mengandungi nama, alamat pejabat dan nombor telefonnya yang dikhaskan untuk urusan umum.
“Aku nak kau langsaikan hutang kau sebelum hujung minggu ni. Biarlah aku bagi tempoh lama sikit. Biar kau kumpul duit dulu nak bayar aku kan?” Harith dah menyindir Lufa yang hanya berdiam diri dari tadi.
Lufa menyambar kad yang dihulur dengan kasar. ”Beria nak berkad bagai. Cakap je la kau nak jumpa aku lagi.” Tanpa segan-silu dia mengusik Harith sebagai tanda cuba untuk berbaik.  “Nanti aku bayar lah. Kau jangan risau. Tak jatuh miskin pun kalau aku tak bayar kan? Okay..Bye Encik Harith Azmi. Jumpa lagi ya nanti.” Dengan sengih yang selamba, laju dia berpaling menuju ke keretanya. Sebelum masuk ke dalam kereta, dia sempat memerhati Harith yang berjalan menuju ke kereta mewahnya. Tiba-tiba sendi-sendi mulutnya naik, dia tersenyum sendiri.
Pon!pon!!
Sengaja Lufa menekan hon kereta sebagai tanda mengusir kereta Harith untuk ke tepi. Dia juga menekan pedal minyak berulang kali. Seperti mahu berlumba lagaknya.

Harith menjadi panas hati. Dia sedia tahu bahawa Lufa sengaja berbuat begitu sebagai tanda protes terhadap kejadian yang berlaku antara mereka. Dia menurun tingkap keretanya dan melambai-lambai kepada Lufa dah terus memecut laju ke hadapan.

Alonesbellog : Review Teman Lelaki Upahan (TLU) by Azura Rasiddin

Uwaaaa. Ni nak cita mai. aritu kan baru je lagi habis drama slot akasia TV3, Teman Lelaki Upahan. Okay, lambat post sebab baru buat ini. Tapi apa-apa pun, cerita tu mmg terbaik, best, DAEBAK! hah, keluar dah Korea celup aku.
At first, tak lah minat sngt pun dgn drama-drama yg tgh berlambak tayang kat tv sekrg n. Sbbnya most of them agak merepek, like Istikharah Cinta. Oppss, sorry, terkata. Tapi memang pun. ntah apa-apa je cita tu. Buat spoil mood ja nak layan drama tempatan. But bila dram TLU ni menjengah kaca tv *ewahh ayat aku*, aku pun layan tak layan lah first episod sbb dah pernah terbaca dkt Karya Seni bab 1 novel karya kak Azura Raisudin ni. So nak jugak tgk apa bezanya cita dlm novel bila dah diadaptkan jadi drama. Obviously, banyak yang potong scene dan several change had made. But still, takk lari jauh pun. 
Tapi itu bukan sbb utama aku jadi lekat pada drama ni. The main reason is . . . . .   *bunyi drum sikit pleaseee  Sebab ada EL! i means, Ungku Ismail. Seriously, dia mmg ngam gila dgn watak tu. Perangai gila-gila, otak senget semua ada. Dialog spontan dia pun best-best suma. Dapat pulak menggila dgn wtk Adam. mmg terguling atas karpat gebu aku jadinya. Sampai tertangguh-tangguh nak solat Maghrib. Alamak, terbocor wakaka. Eleh, korg pun sama kan, ayuk ngaku deh!

Itulah, malas nak merapu panjang. Ni ada sikit review yg cek cilok tang mana ntah. Hehe . Nak review sendiri, malas. So, tibai je la org punya. Tak pa kan? Well, sharing is caring heeee
Apa pun jom baca review ringkas yang dicopy paste ini.



Kayra Lydia @ Lydia yang sombong, ego dan hati batu ditinggalkan kekasihnya, Haidar yg jatuh cinta dgn wanita pilihan keluarganya Najwa. Dia berdendam dengan ayahnya yang baginya menjadi punca dia ditinggalkan ibunya. Akibatnya dia memberi layanan dingin kepada ayah, ibu tiri dan adik tirinya Lisha. Semua bermula ayahnya berjanji akan memberi syarikat kepada Lydia dengan syarat Lydia berkahwin pada bulan Jun. EL (Ezwan Lutfi) kecewa kerana Zarra, gadis yg dicintai dalam diam memilih abang longnya sebagai teman hidup. Kayra Lydia menjadikan EL sebagai teman lelaki upahan. Lydia mengenali EL sebagai lelaki pemilik restoran , EL bersetuju menjadi teman lelaki upahan Lydia dgn syarat Lydia menyerahkan banglo yg diidamkannya di Cherating. Kontrak dipersetujui. Setelah bertemu dengan ayah Lydia, EL berasa dia perlu membantu untuk memperbaiki hubungan keluarga dan mengubah Lydia. EL juga tahu ayah Lydia kini sedang bertarung dengan penyakitnya. Pelbagai perkara yg berlaku yang akhirnya menyebabkan mereka menjadi rapat dan dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan terhadap sesama sendiri.



Saat EL ingin meluahkan perasaan cinta di satu makan malam , Kemalangan menimpa keluarga EL di Sarawak. El terpaksa membatalkan pertemuan dengan Lydia dan terpaksa pulang ke Sarawak. Ayah & abg Longnya meninggal dan Sofea, adiknya lumpuh. Ketika EL berjanji untuk menjaga Zarra yang sedang mengandung, Lydia terdengar perbualan EL dan Zarra dan berasa dia harus undur diri kerana dia tahu Zarra adalah cinta pertama EL. Pada masa yg sama Lydia mengetahui EL merupakan anak jutawan hotel terkenal Sarawak.



Rahsia tentang ibu kandungnya yang curang kepada ayahnya terbongkar dan begitu juga rahsia penyakit ayahnya. Lydia membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan dengan EL. Hubungan Lydia dan ayahnya derta keluarga tiri bertambah baik . Lydia menjadi lebih tabah dan menerima ketentuan Ilahi. Tetapi sebaliknya berlaku kepada EL. EL menjadi kemarahan ibunya yang mengetahui hal perkahwinan EL yang disembunyikan. Rahsia ini terbongkar bila Zaara terjumpa Kad perkahwinan EL dan Lydia di beg Arwah suaminya. Kemarahan ibu EL hingga tidak dapat dimaafkan Kesannya, EL menjadi pendendam.



EL bertemu Lydia dengan misi dendam. El cemburu melihat kebahagian keluarga Lydia. Perkenalan Lydia dengan keluarga EL menyedarkan Lydia akan akibat daripada perbuatannya. Lydia memohon maaf dan Lydia menerangkan segalanya kepada Ibu EL. Segala yang berlaku adalah rancangan bodoh Lydia sendiri bukan dari EL . Lydia juga memohon agar Ibu EL dapat memaafkan EL. Dengan restu Ibu EL , EL memulakan misi memikat Lydia. Dengan bantuan keluarga EL dan keluarga Lydia misi memikat Lydia berjaya . 



INI SINOPSISNYA.

“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA


“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL

“Syarat? Syarat apa?”

Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.

Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia. 

Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia. 

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you… Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!” 

Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya? 


Akan di dramakan dalam slot akasia Februari ini